Kakak kongsi cerita, adik 'terlepas' nahas bas UPSI kerana demam teruk, dimasukkan wad. 'Tak hujan tapi jalan berliku...'

Iklan
Foto: Bernama Foto: Bernama
Foto: Bernama

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Iklan
Iklan

Demikian perumpamaan yang boleh digambarkan buat seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan terselamat daripada terlibat dalam nahas jalan raya yang meragut 15 nyawa rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Are Da Mat Nuar meluahkan rasa syukur dan sebak apabila adiknya sepatutnya berada dalam bas berkenaan terselamat daripada tragedi menyayat hati itu.

Iklan

Namun, terpaksa membatalkan perjalanan kerana pelajar tersebut dimasukkan ke wad di Hospital Jertih sehari sebelum tragedi berlaku.

Menurut wanita itu, adiknya dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas yang teruk akibat jangkitan leptospirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus.

Iklan

"Adik saya salah seorang pelajar UPSI yang sepatutnya naik bas ini. Tapi tengah hari semalam dia masuk wad di Hospital Jerteh sebab demam. Doktor syak jangkitan air kencing tikus.

"Semoga dipermudahkan urusan semua,” tulisnya dalam ruangan komen di sebuah hantaran berkaitan tragedi tersebut, pada Isnin.

Sementara itu, dalam satu siaran langsung Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa pada waktu kejadian, keadaan jalan dan cuaca dilaporkan dalam keadaan baik.

Namun begitu, lokasi kejadian berada di kawasan jalan yang berliku-liku

"Semasa kejadian jalan adalah dalam keadaan baik dan tidak hujan, bagaimanapun jalan agak berliku di kawasan kejadian," katanya.

Penumpang bas terdiri daripada 42 penuntut UPSI terdiri daripada lapan lelaki dan selebihnya adalah perempuan bersama seorang pemandu dan kelindan bas.

Mengikut siasatan awal, pemandu bas yang berusia 42 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dari bahagian belakang.

Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 41 (1).