SEBELUM ini kita digemparkan dengan berita kehilangan hero-hero negara akibat kemalangan membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Semalam, kejadian menyayat hati berlaku lagi melibatkan 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim mengatakan pemergian mereka ini boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.
Menurutnya, terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ulama berhubung kematian akibat kemalangan jalan raya, namun ia bergantung kepada faktor punca kejadian sama ada disebabkan kecuaian sendiri atau sebaliknya.
'Bukan kecuaian sendiri....' Pemergian 15 pelajar UPSI disifatkan syahid akhirat
Iklan