Qawiy sentuh isu kerja rumah & tanggungjawab suami isteri. 'Kalau semua nak tuntut, baik tak payah kahwin'

Iklan

Pempengaruh media sosial Qawiy menyeru pasangan suami isteri agar tidak menjadikan kerja rumah sebagai punca perbalahan.

KEHIDUPAN berumah tangga seharusnya menjadi medan untuk saling melengkapi, bukannya ruang untuk berdebat siapa lebih banyak berkorban atau siapa yang patut buat kerja rumah.Isu pembahagian tugasan rumah tangga sering menjadi perdebatan di media sosial. Namun, menurut pempengaruh media sosial, Qawiy, dalam satu sesi podcast yang terkenal dengan kisah seram baru-baru ini, perkara ini tidak seharusnya dijadikan bahan pergaduhan, lebih-lebih lagi apabila pasangan sudah berkongsi hidup di bawah satu bumbung.“Perkara ini tidak patut jadi perbalahan. Dah kata duduk sebumbung, tiada istilah suami atau isteri yang buat kerja rumah,” jelasnya.Menurut lelaki berusia 28 tahun yang terkenal dengan konten bacaan al-Quran, perkahwinan bukanlah soal menuntut hak semata-mata, sebaliknya lebih kepada keikhlasan dan ihsan antara satu sama lain.Beliau turut menyentuh isu tanggungjawab dalam menyediakan makanan seharian, yang sering kali dianggap tanggungjawab isteri.“Sebenarnya perkahwinan ini bukan atas hak. Kita tak boleh minta hak kita. Semuanya atas ihsan.“Sepatutnya isteri tak perlu masak, tapi kalau dia buat, itu ihsan. Yang sepatutnya sediakan makanan adalah suami," ujarnya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Menurutnya lagi, sekiranya setiap perkara mahu dituntut, maka perkahwinan akan menjadi seperti urusan rasmi di mahkamah, bukannya satu ikatan yang dibina atas dasar kasih sayang.“Kalau semua nak tuntut, baik tak payah kahwin.“Kalau depan hakim, baru boleh tuntut hak. Kalau suami tak bagi nafkah atau dipukul, barulah boleh mohon hukum hak,” katanya lagi sambil mengingatkan bahawa perkahwinan bukan medan perundangan, sebaliknya sebuah perkongsian hidup yang perlu ada tolak ansur.Perkongsian ini membuka ruang renungan buat pasangan suami isteri agar melihat semula asas dalam membina rumah tangga, bukan siapa buat lebih atau siapa patut buat, tetapi sejauh mana kita memberi dengan ihsan.