KEBELAKANGAN ini, kecoh di media sosial mengenai kewujudan sebuah grup Facebook yang didakwa berkongsi gambar pelajar sekolah dan kanak-kanak bawah umur sebagai bahan lucah untuk tatapan ahli-ahlinya. Aktiviti tidak bermoral itu telah mencetuskan kemarahan ramai, termasuklah pempengaruh media sosial, Mekyun yang tampil lantang bersuara.Menurut Mekyun, dia menerima pelbagai mesej daripada netizen sejak Isnin lalu, memaklumkan bahawa gambarnya ketika zaman sekolah turut menjadi antara yang tular dalam grup yang dikenali sebagai ‘budak sekolah’ itu.“Ini bukan lawak, ini bukan suka-suka. Ini salah dan ini jenayah. Hari ini Mekyun bersuara sebab kita tak boleh diam, kita tak boleh biarkan,” tegasnya menerusi satu hantaran di Instagram Story.Lebih menjijikkan, Mekyun turut berkongsi beberapa komen ahli grup terbabit yang disifatkan sebagai sangat kotor dan tidak berperikemanusiaan.Oleh itu, sebagai usaha membanteras jenayah tersebut, Mekyun memohon kerjasama orang ramai untuk terus melaporkan grup berkenaan dan menyebarkan kesedaran mengenai bahayanya aktiviti eksploitasi seksual kanak-kanak di alam maya.“Kita semua kena jadi suara kepada budak-budak yang tak mampu bersuara. Mekyun mohon PDRM, MCMC dan YB Fahmi Fadzil, tolong siasat dan hentikan semua benda ini.“Ini bukan pasal Mekyun, ini pasal budak-budak yang tak tahu langsung gambar mereka diperdagangkan dalam grup kotor itu. Siapa lagi yang nak lindungi budak-budak semua tu kalau bukan kita?” ujarnya.
Gambar waktu sekolah jadi bahan lucah, Mekyun buat laporan polis! 'Bukan lawak, ini jenayah'
Iklan