Beberapa mangsa nahas bas pelajar UPSI di Gerik alami cacat kekal. 'Kami tak mahu mereka terbeban'

Iklan

 

SAYUNYA hati mendengar berita ini. Belum kering air mata menangisi 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut, hati terusik lagi menerima khabar beberapa mangsa mengalami kecederaan serius yang mengakibatkan kecacatan kekal.

Iklan
Iklan

Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan, kes yang melibatkan kecederaan serius seperti patah kaki, kehilangan anggota badan dan kecederaan jangka panjang akan diberikan perhatian khusus.

 

Iklan

 

Iklan

Difahamkan, siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak kementerian berkenaan bagi mengenal pasti bentuk bantuan susulan yang akan diberikan kepada mangsa.

Kesemua kes yang membabitkan kecacatan kekal akan melalui proses siasatan dan penilaian sebelum bantuan susulan disalurkan.

"Dari segi jumlah mangsa yang alami kecacatan kekal akibat insiden ini masih dalam siasatan kerana ada mangsa masih menerima rawatan di hospital termasuk di Perak dan Terengganu.

"Jadi, biarlah mereka stabil dahulu sebelum kita jalankan proses lanjut kerana proses ini, kita perlu lakukan secara berhemah," katanya.

Noraini (kiri) meluangkan masa menziarahi Nur Ain Najwa di PPR Kampung Gong Kemuntong, Besut pada Rabu.

Noraini yang ditemui pemberita selepas menziarahi mangsa tragedi, Nur Ain Najwa Mohd llias, 23, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Gong Kemuntong berkata, mesyuarat pasca Kabinet Kementerian turut memutuskan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang dan melakukan siasatan ke atas semua mangsa untuk memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan.

"Kita tidak mahu mereka yang mengalami kecederaan kekal ini terbeban dari sudut kewangan dan emosi.

Foto: Bernama

"Tanggungjawab kita adalah untuk hadir membantu mereka sebaik mungkin," ujarnya.

Tidak hanya itu, KPWKM turut menyalurkan bantuan Pelindungan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat (Peka) dalam bentuk wang tunai di samping khidmat kaunseling psikologi oleh Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) secara bergerak.

"Khidmat ini boleh bergerak ke mana-mana kalau sekiranya perlukan bantuan mereka boleh datang (ke lokasi mangsa)," ujarnya.

Foto: Bernama

Imbas kembali kejadian awal pagi 9 Jun lalu, bas persiaran sewa khas yang membawa 42 penumpang terdiri daripada pelajar UPSI dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna berhampiran Tasik Banding, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, Perak.

Selain 15 nyawa terkorban, 33 mangsa mengalami pelbagai kecederaan manakala beberapa orang daripada mereka masih dirawat di hospital.

Sumber: Sinar Harian