‘Yang terutama dalam hidupku.' Ucapan hari lahir penuh makna Beto Kusyairy buat isteri bikin ramai sebak!

Iklan

BAGI peminat pelakon versatil, Beto Kusyairy pastinya tahu, dia cukup sinonim dengan watak-watak berat yang menyentuh hati.

Tapi kali ini, bukan watak dalam drama atau filem yang mencuri perhatian, sebaliknya ucapan hari lahir yang cukup tulus dan menyentuh perasaan buat wanita paling penting dalam hidupnya, isteri tercinta yang dikenali sebagai Tisha Shahar.

Iklan
Iklan

Satu hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram milik Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015 itu menuai perhatian ramai.

Iklan

"Yang terutama dalam hidupku selain kedua orang tua. Walaupun kita tidak menyambutnya, saya tetap mendoakan yang terbaik buatmu dan saya akan sentiasa ada di belakangmu.

Biarpun bait-bait kata ringkas, tetapi dalam setiap patah, terselit kasih sayang yang mendalam dan penghargaan tanpa syarat.

Iklan

Tak perlu jambangan bunga besar atau majlis mewah. Cukup dengan kejujuran dari hati seorang suami, yang walaupun tidak menyambut secara tradisi, tetap mendoakan yang terbaik buat pendamping hidupnya.

Dan yang lebih indah, janji tidak akan pernah tinggalkan. Akan sentiasa ada di belakang, menjadi tulang belakang, tempat bergantung dan bertenang.

Lebih menyentuh, di penghujung ucapan itu, Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman turut menitipkan ucapan buat kembar isterinya yang sudah pergi buat selama-lamanya 20 tahun lalu.

Buat isterinya, ucapan itu bukan sekadar kata-kata. Ia adalah bukti cinta yang masih utuh, masih setia, dan masih mendalam meskipun tahun terus berganti.

Rata-rata peminat pasangan tersebut turut berkongsi ucapan hari lahir buat Tisha:

"Happy birthday untuk isteri @tishashahar. Semoga keberkahan sentiasa mendampingi kamu berdua. Salam dari Singapura."

"Happy birthday @tishashahar. May Allah bless you with good health, sustenance, and keep you and your loved ones safe always."

"Happy birthday @tishashahar. Semoga kalian kekal bahagia hingga hujung nyawa@beto_kusyairy."

"Happy tengok pasangan ni, nampak tenang."

"Happiest birthday Kak Tisha! Semoga Allah berikan yang terbaik buat dunia akhirat."

Sekadar makluman, Beto mendirikan rumah tangga bersama Tisha pada 1 Februari 2008 dan pasangan tersebut belum dikurniakan cahaya mata.

Selamat ulang tahun yang ke-45 buat isteri Beto. Moga terus dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kasih sayang yang tidak pernah surut. Dan buat arwah Nisha, al-Fatihah.