‘Halal tapi haram bila dicerita.’ Ustaz Bola pesan jangan dedah aib rumah tangga

Iklan

PENDEDAHAN mengejut oleh usahawan popular mengenai dirinya dijangkiti virus herpes hasil hubungan intim secara oral bersama suaminya mendapat perhatian ramai.

Bukan setakat doktor bertauliah, malah pendakwah bebas, Da’i Tajdid Hadhari atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola terpanggil untuk berkongsi teguran.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, beliau menyifatkan tindakan itu tidak wajar dan bertentangan dengan adab Islam, meskipun hubungan tersebut dilakukan dalam ikatan perkahwinan yang sah.

“Ya, betul… hubungan antara suami isteri itu halal dan berpahala. Tapi kalau diceritakan kepada umum, itu dah jatuh haram,” tegasnya.

Iklan

Dalam video tersebut, beliau turut memetik sebuah hadis sahih yang membawa maksud:

Iklan

Da’i Tajdid menjelaskan, walaupun seseorang itu bergelar selebriti atau pempengaruh, ia bukan lesen untuk berkongsi segalanya kepada umum, apatah lagi perkara sulit yang seharusnya hanya diketahui pasangan.

Beliau turut mengingatkan bahawa status ‘pempengaruh’ membawa tanggungjawab besar kerana setiap perkongsian boleh mempengaruhi persepsi dan tindakan orang lain.

“Bila kita ada pengikut, setiap kata dan cerita kita beri kesan. Tak elok dedahkan aib sendiri, apatah lagi aib pasangan. Jaga maruah, elakkan fitnah,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Islam sangat menekankan soal adab dan rasa malu dalam perhubungan kerana dua elemen itu perlu dijaga agar keharmonian rumah tangga tidak tercemar.

Penyampai radio Zayyan itu juga menyeru semua pasangan suami isteri sama ada selebriti atau orang biasa supaya lebih bijak, matang dan berhemah dalam berkongsi di media sosial.

“Halal itu indah bila dijaga dengan adab. Tapi bila dibuka untuk tontonan umum, boleh berubah jadi haram dan memalukan," jelasnya lagi.