'Tanah kubur disapu di muka, masuk poket & plastik...' Kubur Nurly Sahirah dipasang tali penghadang, pejabat agama ambil tindakan individu ingkar

Iklan

SALAH seorang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan baru-baru ini, Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, 23 terus menjadi perhatian.

Sejak hari pemergian pada 9 Jun lalu, kediaman Allahyarham  menjadi tumpuan orang ramai bagi melihat sendiri al-Quran tulisan tangan atau tahriri milik hafizah al-Quran itu.

Iklan
Iklan

Hampir tiga minggu berlalu, orang ramai dari segenap pelosok tanah air mengunjungi rumah Allahyarham di Kampung Gong Pasir Kerandang, Besut, Terengganu dan pusaranya.

Dalam perkembangan terkini, pihak keluarga mengumumkan untuk memasang tali penghadang di sekeliling kubur Allahyarham.

Iklan

Kenalan keluarga itu, Ahmad Nazrul Muhammad yang juga aktivtis masyarakat Pertubuhan Amal Komuniti Besut ketika dihubungi SinarPlus mengesahkan hal itu.

"Untuk pengetahuan, sehingga ke hari ini, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi pusara Allahyarham. Bahkan ada yang datang dengan rombongan menaiki beberapa buah bas.

Iklan

Kediaman arwah menerima kunjungan orang ramai (Foto: Ihsan Ahmad Nazrul)

"Kawasan kubur Nurly akan mula dipasang tali bermula petang ini (Sabtu). Tiada sesiapa dibenarkan melintasi tali penghadang tersebut," kongsinya di Facebook.

Menurut Ahmad Nazrul, langkah itu diambil susulan tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara yang tidak wajar di kawasan perkuburan Nurly Sahirah.

"Ada yang ambil tanah kubur masukkan dalam poket dan plastik.Ada yang ambil tanah kubur kemudian sapu pada muka anak.Bukan semua.Tapi ada.

"Tali akan dipasang dikawasan kubur untuk mengelakkan kejadian ni berulang. 

"Yang nak datang ziarah, silakan. Tak ada sesiapa pun yang halang.

Cuma jangan buat perkara yang bukan-bukan. Pergi kubur doakan si mati, bukan kita minta sesuatu dari roh si mati. Terbalik tu," titip Ahmad Nazrul.

Menurutnya lagi, tali pengadang tersebut telah dipasang sendiri oleh ahli keluarga Nurly.

"Pihak Pejabat Agama Daerah Besut akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang melakukan sebarang perbuatan yang tidak sepatutnya di kawasan kubur ini.

"Rondaan pada waktu malam juga akan dilakukan dari masa ke semasa. Harap maklum," kongsinya.

Sementara itu, dalam hantaran lain, lelaki itu turut memaklumkan, pihak keluarga Allayarham tidak akan menerima tetamu selama empat hari bermula Sabtu.

"Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2 Julai 2025 (Rabu) hingga 5 Julai 2025 (Sabtu).

"Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya. 

Foto: Ihsan Ahmad Nazrul

Sementara itu, abang Nurly Sahirah, Mohd Najmuddin  menjelaskan mahu bapa mereka, berehat.

"Bagi abah dan umi saya rehat dahulu. Terima kasih atas kerjasama semua. Semoga ALLAH merahmati kalian semua, terima kasih Ahmad Nazrul," kongsi Mohd Najmuddin. 

Dalam masa sama, kakak Allahyarham, Muni Azman juga menyuarakan perkara serupa.

"Bagi peluang umi dan abah saya berehat seketika. Dari awal kematian sehingga sekarang tidak berehat sepenuhnya. 

"Insha-ALLAH ada rezeki boleh datang ziarah. Terima kasih Ahmad Nazrul," kongsinya.

Sekadar info, Nurly Sahirah merupakan seorang yang menjaga hafalan al-Quran biarpun sudah bergelar hafiz. 

Allahyarham yang mempunyai rutin mengulang bacaan setiap kali selepas solat Maghrib turut menyalin ayat-ayat suci untuk mengukuhkan daya hafalannya.

Meninggal dunia dalam nahas ngeri berdekatan Tasik Banding, Gerik, pemergian bakal guru itu sangat mulia iaitu ketika memeluk al-Quran. Jenazah Allahyarham juga didakwa mengeluarkan bau wangi.