Kaki ‘merajuk’ gara-gara kasut, niat nak kekal sihat tapi aktiviti brisk walk bertukar derita

Iklan

 

NAK kekal sihat ada banyak cara, antaranya brisk walk atau jalan laju. Aktiviti kecergasan itu merupakan sukan ringkas paling popular.

Iklan
Iklan

Ia mudah, murah dan tak perlukan peralatan rumit. Cukup dengan sepasang kasut yang selesa.

Siapa sangka, walaupun nampak mudah, namun ada juga risiko tersembunyi terutamanya bila kita abaikan soal pemilihan kasut yang sesuai dan tahap kemampuan kaki sendiri.

Iklan

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook yang merahsiakan identitinya di group Brisk Walk Malaysia, dia telah membuat satu kesilapan besar dengan membeli kasut bundle.

Bukan semua kasut bundle tak sesuai, tapi individu tersebut tersalah beli yang mana alas kaki tersebut sudah keras tapaknya dan tak sesuai langsung untuk aktiviti berjalan laju.

Iklan

Selepas sebulan menggunakannya di atas walking pad dengan kelajuan yang berlebihan akibatnya, dia mengalami masalah bunion feet.

Keadaan tersebut menyebabkan benjolan tulang terbentuk di pangkal ibu jari kaki, tepatnya di bahagian sendi. Ia membengkak dan memberikan kesakitan terutama ketika berjalan.

Tambahnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut di klinik, doktor mengesahkan dia mengalami plantar fasciitis iaitu radang pada tumit kaki.

Doktor memberi saranan untuk berhenti membuat sebarang aktiviti brisk walk sekurang-kurangnya dua minggu atau lebih lama hingga kaki benar-benar pulih.

Kini, setiap hari terpaksa menggunakan selipar lembut di dalam rumah untuk kurangkan tekanan pada tumit.

Kepada anda yang baru nak mulakan brisk walk atau yang sedang aktif, ini beberapa tips penting untuk jaga kaki anda:

1- Pilih kasut yang sesuai

Jangan kedekut untuk ‘melabur’ pada kasut yang berkualiti. Pilih kasut yang direka khas untuk berjalan, bukan sekadar kasut kasual. Perhatikan aspek cushioning, arch support dan fleksibiliti tapak.

2- Panaskan badan sebelum mula

Stretching ringkas selama 5-10 minit boleh bantu elak kekejangan dan mengurangkan risiko kecederaan otot serta tendon.

3- Jangan terlalu agresif awal-awal

Mulakan dengan pace sederhana dan jarak pendek. Tingkatkan kelajuan dan masa secara berperingkat. Jangan paksa kaki bekerja lebih dari apa yang mampu.

4- Perhatikan permukaan jalan

Jalan bertar atau simen keras boleh beri impak besar pada kaki. Kalau boleh, cari trek yang lebih lembut seperti di taman atau padang.

5- Dengar isyarat badan

Sakit bukan perkara biasa. Kalau rasa mencucuk di tumit, pergelangan kaki atau tapak kaki jangan teruskan. Rehat, rawat dan dapatkan nasihat doktor.