Bangga! 20 hospital di Malaysia diiktiraf antara terbaik dunia 2025, HKL turut tersenarai

Iklan
Hospital Kuala Lumpur turut tersenarai antara 20 hospital terbaik di Malaysia 2025. Foto: Ihsan HKL

 

20 hospital di Malaysia diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia mengikut laporan terkini World’s Best Hospitals 2025 oleh majalah berita mingguan dari Amerika Syarikat, Newsweek dan firma penyelidikan pasaran Statista.

Iklan
Iklan

Kedudukan hospital itu dibuat berdasarkan proses penilaian yang melibatkan data pengalaman pesakit daripada aspek komunikasi dan keselesaan, metrik kualiti hospital yang diperoleh daripada standard keselamatan dan hasil rawatan serta kaji selidik pelaksanaan Patient-Reported Outcome Measures (PROMs).

Gambar hiasan.

Iklan

Secara keseluruhan, sebanyak 2,400 hospital telah dianalisis di peringkat global, namun hanya 250 hospital berjaya mencapai peringkat teratas termasuk 20 hospital di Malaysia.

Hospital yang tersenarai bukan sahaja mewakili institusi swasta terkemuka, malah turut melibatkan hospital kerajaan.

Iklan

Antara hospital yang mendapat ranking pertama di Malaysia ialah Sunway Medical Centre dengan skor 89.50 peratus.

Ranking itu diikuti oleh Gleneagles Hospital Kuala Lumpur (87.99 peratus) dan Subang Jaya Medical Centre (86.35 peratus).

Gambar hiasan.

Lebih membanggakan apabila Hospital Kuala Lumpur (HKL) muncul sebagai satu-satunya hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di kedudukan keempat teratas bagi ranking hospital terbaik di Malaysia dengan skor 84.97 peratus.

Ini membuktikan bahawa hospital kerajaan pun mampu memberi saingan hebat dalam menyediakan rawatan bertaraf antarabangsa.

Kombinasi kemudahan moden, tenaga kerja yang terlatih dan pendekatan rawatan yang semakin mesra pesakit menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah sistem kesihatan bertaraf dunia.

Gambar hiasan.

Justeru, tidak hairanlah kalau makin ramai pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Pendek kata, kita patut rasa bangga kerana di negara ini, kualiti rawatan kesihatan terjamin dan mudah diakses, tidak kira di hospital kerajaan mahupun swasta.

Pendek kata, kita patut rasa bangga sebab kita boleh dapatkan kualiti rawatan kesihatan yang lebih terjamin tak kira di kerajaan atau swasta.