Syed Saddiq tanya Ustaz Azhar sekufu dalam perkahwinan, undang perhatian ramai. 'Bakal ni ada Sharifah ke?"

Iklan

 

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq sering kali menuai perhatian warga maya, terutama berkaitan hubungan akrabnya dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Iklan
Iklan

Dalam video tular, ahli politik berusia 33 tahun itu sempat mengajukan tentang perihal sekufu iaitu persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek dalam perkahwinan kepada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.

"Adakah perkahwinan itu lebih afdal jika sama keturunan Syed dan Syarifah? Tapi sefaham saya, selagi orang itu beragama Islam, baik dan tidak salah dari sudut hukum Islam.

Iklan

"Apa pendapat Ustaz mengenai pendapat yang mengatakan perkahwinan antara Syed dan Syarifah itu lebih baik," ujarnya.

Iklan

Menjawab pertanyaan tersebut, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa dalam Islam, wujud satu bab mengenai kesepadanan atau sekufu dalam perkahwinan.

"Dalam perkahwinan ada satu pelajaran yang perlu dipelajari dan jarang diketahui iaitu bab kufu.

“Ia ada dalam Islam. Sekufu ini bermakna seorang bapa tidak boleh memaksa anak perempuannya berkahwin dengan seseorang yang tidak sepadan dengannya.

"Jika tidak sepadan, tetapi pengantin perempuan setuju, maka sah.

"Jika tidak sepadan dan pengantin perempuan tidak setuju, maka perkahwinan itu tidak sah," jelasnya.

Menjawab berkaitan perkahwinan keturunan Syed dan Syarifah dengan orang biasa, ini kata Ustaz Azhar.

"Yang menjadi perselisihan ialah apabila wanita Sharifah berkahwin dengan lelaki bukan Syed.

"Jika Sharifah itu setuju, perkahwinan itu sah walaupun ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama.

"Jika tidak setuju, maka bapa tidak boleh mengahwinkannya secara paksa kerana tidak sekufu kerana bukan Syed tidak sekufu dengannya.

"Kalau sudah tidak sekufu, maka hendaklah dijaga kebajikan perempuan tersebut.

"Namun, apabila wujud khilaf dalam kalangan ulama, hukumnya jadi luas. Maka perkara yangluas tidak perlu disempitkan," katanya.

Di hujung video berkenaan, Ustaz Azhar sempat mengusik Syed Saddiq dengan pertanyaan status bakal isterinya. Syed Saddiq kemudian dilihat hanya tersenyum malu.