Anugerah terindah hari lahir ke-54, Azhar Sulaiman syukur tiga cahaya mata tamat belajar. 'My best birthday gift ever'

Iklan

PELAKON dan pengacara Azhar Sulaiman meluahkan rasa syukur sempena ulang tahun kelahirannya tahun ini apabila menerima ‘hadiah terbaik’ dalam hidup.

Ini kerana, ketiga-tiga cahaya matanya berjaya menamatkan pengajian.

Iklan
Iklan

Genap usianya 54 tahun pada 22 Julai, dia menzahirkan rasa syukur diberi peluang melihat kejayaan akademik anak-anaknya.

Menerusi satu hantaran ringkas di media sosial, figura yang mesra disapa Behar itu menitipkan rasa bertuah  memiliki dua puteri dan seorang puteranya sudah bergelar graduan.

Iklan

“Syukur Alhamdulillah, Behar masih bernafas hari ini dan sihat. 

"Dengan semua kids sudah habis belajar, is my best burffday gift ever!” titipnya yang menyelitkan tanda tagar #icantstopwhatscoming pada penghujung kapsyen.

Iklan

Pelakon Abang '92 itu turut memuat naik foto perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin yang sudah memasuki usia tiga dekad.

Tidak ketinggalan, Abehar juga berkongsi foto graduasi ketiga-tiga cahaya mata berserta universiti yang menjadi alma mater masing-masing.

Azhar yang juga arkitek dan pereka berkelulusan Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom manakala Chempaka pula brgraduasi dari University of Kent dan University of Norththumbria.

Permata sulung, Kasih Leia Ixora pula  graduan Bachelor of Arts dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari University of Notthingham Malaysia.

Anak kembar lelaki, Andika Rees Pahamin yang merupakan bekas atlet Malaysia dalam arena sukan hoki ais pula Bachelor of Science Maritime Business and Law dari Solent University.

Manakala, si bongsu Kasih Iris Leona yang merupakan pempengaruh menggenggam Bachelor of Science in Management dari universiti ternama, University of Bath.

Warga maya menitipkan doa sempena hari lahir pelakon Mira Edora dan Riang Tirana itu dan mengucapkan tahniah atas kejayaan akademik ketiga-tiga permata Azhar.

Tidak kurang yang ketampanan Azhar ketika melangsungkan perkahwinan pada tahun 1995.

"Alhamdulillah! Semua anak sudah ke menara gading."

"Masya-ALLAH, hebat-hebat. Semuanya lulusan luar negara, inspirasi!"

"Jambu teruk Abehar masa ni. 

"Nampaknya Kasih dan Rees muka daddy, Leona muka mommy."

Sekadar info,  Azhar mula dikenali selepas memenangi tempat ketiga Hero Remaja 1990/1991 bersama aktor Esma Daniel sebagai juara dan Allahyarham Badrul Muhayat di tempat kedua.