PMX umum RM100 one-off, petrol turun & cuti tambahan: Hadiah Hari Kebangsaan buat semua rakyat Malaysia!

Iklan

31 Ogos 2025 bukan sekadar tarikh sambutan bagi Hari Kebangsaan, tetapi juga detik bermakna buat jutaan rakyat Malaysia apabila kerajaan mengumumkan lima inisiatif istimewa yang bakal memberi kelegaan dari pelbagai lapisan.

Daripada bantuan kewangan, cuti tambahan sehingga kepada penurunan harga petrol, semua ini dijangka mampu meringankan beban terutama mereka yang sedang menghadapi kesukaran.

Iklan
Iklan

RM100 one-off untuk semua dewasa

Bermula 31 Ogos ini, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Iklan

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan produk penjagaan diri di lebih 4,100 kedai seluruh negara termasuk Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart serta kedai runcit lain.

Berbeza dengan bantuan sebelum ini yang berasaskan isi rumah, kali ini bantuan diberikan secara individu kepada setiap dewasa yang telah mencapai umur tersebut!

Iklan

Cuti tambahan 15 September 2025

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia, kerajaan turut mengisytiharkan 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Memandangkan tarikh tersebut juga merupakan cuti persekolahan anak-anak, ini memberi peluang kepada anda untuk merancang percutian bagi menikmati masa berkualiti bersama keluarga.

Jualan Rahmah Madani diperluas - Lebih banyak lokasi, lebih banyak barangan

Peruntukan bagi program jualan Rahmah Madani 2025 dinaikkan daripada RM300 juta kepada RM600 juta yang membolehkan ia diperluas ke lebih banyak lokasi merangkumi semua 600 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bukan itu sahaja, malah jenis barangan yang dijual pada harga murah juga akan dipelbagaikan, membolehkan orang ramai mendapatkan barangan harian atau asas pada harga yang lebih berpatutan.

Tiada kenaikan tol di 10 lebuh raya utama

Dalam usaha meringankan lagi beban perjalanan rakyat, kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol yang dijadualkan bagi 10 lebuhraya utama.

Ini termasuk Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Langkah ini sangat membantu terutamanya kepada mereka yang perlu berulang-alik ke tempat kerja, berniaga atau merancang percutian domestik semasa musim cuti.

Harga petrol RON95 turun kepada RM1.99 seliter

Mungkin ini adalah berita yang ditunggu-tunggu! Harga petrol RON95 akan diturunkan apabila penyasaran subsidi dilaksanakan akhir September ini sekali gus membolehkan rakyat menikmati harga lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

Sudah semestinya inisiatif ini akan memberi manfaat kepada sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal 16 tahun dan pekerja gig.

Justeru itu, pengumuman inisiatif ini dilihat sebagai langkah realistik yang menyasarkan terus ke akar. Dalam suasana ekonomi tidak menentu, ia bukan sahaja mampu meringankan beban yang ditanggung, tetapi memberi semangat baharu buat seluruh masyarakat.