Muncul tanpa rambut meruntun hati, hantaran Elyana undang perhatian. 'Bermatian usaha nampak tenang dan waras...'

Iklan

HANTARAN media sosial penyanyi Elyana Emrizal menjadi perhatian ramai selepas memuat naik foto  berkepala botak berserta kapsyen menyentuh hati.

Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu turut berkongsi luahan mengenai kehidupan yang dilalui yang mungkin tidak diketahui orang lain.

Iklan
Iklan

"Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui, hanya kita yang tau. Bermatian-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita.

Pesanku untuk teman-seperjuangan, keluar daripada kelompok yang hanya bercakap pakai air liur. 

Iklan

"Biarkan mereka. Mereka belum pernah rasa.

Iklan

"Kau berharga dan kau cukup layak untuk selalu dirayakan. Tidak peduli dalam kurang atau lebihmu.

"Tetaplah menjadi orang yang baik walau mereka menghinamu tidak baik," kongsinya pada kapsyen penuh maksud tersiratt

Titipnya lagi, sekiranya ada pihak mendenga sisi buruk mengenai dirinya, fahamilah yang dia juga pernah baik dengan mereka tetapi ia tidak diceritakan.

"Jika akhirnya kamu mendengar cerita buruk tentang diriku dari mereka, fahamilah aku juga pernah baik pada mereka, cuma mereka tidak menceritakan bahagian itu," ujarnya berteka-teki.

Warga maya termasuk rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat buat pelantun lagu Kalis Rindu dan Diriku Tapak Sulaiman agar terus kuat berjuang  melawan  penyakit dihadapinya itu.

Elyana terdahulu pada tahun 2021 berkongsi telah bebas kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun.