Tragis! Hilang di Johor, mayat kanak-kanak ditemui dalam belukar di Negeri Sembilan – Ini kronologi menyayat hati

Iklan

KEHILANGAN anak kecil ini pada awalnya tampak seperti kes biasa. Keluar ke kopitiam, kemudian ‘senyap’ tanpa khabar. 

Namun lima hari kemudian, segalanya berubah menjadi ngeri apabila jasadnya ditemui di dalam belukar, dalam keadaan yang cukup menyayat hati. 

Iklan
Iklan

Siapakah yang sanggup berbuat demikian? Dan apa sebenarnya yang berlaku sepanjang tempoh kehilangannya?

Artikel ini menyusun semula kronologi kehilangan mangsa dari awal hingga penemuan mayat, berdasarkan maklumat yang dilaporkan pihak berkuasa dan sumber terdekat. 

Iklan

Ikuti kisah penuh yang kini disiasat sebagai satu kes bunuh.

Foto: Ihsan Instagram Vanakkanm Malaysia

Iklan

Khamis, 24 Jun 2025, 2.15 pagi

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia memohon orang ramai membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, M Thisant yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Kehilangan M Tishant dilaporkan oleh bapanya yang berusia 36 tahun kira-kira 2.15 pagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat.

'Umi bukan tidak reda tetapi...' 3 tahun pemergian tragis Amir, wanita ini dedah kesihatan ibu merosot, diserang angin ahmar

Kenyataan media Ketua Polis Negeri Sembilan

Isnin, 28 Julai, 4.30 petang

-Mengejutkan!  Mayat yang dipercayai milik seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Johor Bahru pada minggu lalu ditemui tertanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol.

-Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, maklumat mengenai penemuan mayat itu diterima sekitar jam 4.30 petang oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

-Siasatan awal mendapati kejadian bermula di Johor Bahru melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Bukit Indah pada 24 Julai lalu.

-Kes tersebut terdahulu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang  membawa kepada penahanan seorang lelaki berumur 36 tahun.

-Tindakan lanjut hasil tangkapan tersebut telah membawa kepada penemuan mayat jasad yang disyaki telah dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin, Jempol!

-Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

-Memetik Awani,  siasatan awal, tiada sebarang kesan kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa. Namun, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian mungkin disebabkan jerutan.

-Kata Ahmad Dzaffir punca sebenar kematian hanya dapat dipastikan selepas hasil laporan bedah siasat diperoleh daripada Hospital Rembau.

Selasa, 29 Julai 2025

-Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan mendedahkan  bapa kanak-kanak berkenaan direman selama tujuh hari.

-Lelaki itu terdahulu membuat laporan kanak-kanak berkenaan hilang ketika ditinggalkan sendirian di dalam kereta untuk membeli makanan.

-Kanak-kanak itu dikatakan hilamg sekitar jam 6 petang di kawasan Bukit Indah pada Rabu, 23 Julai 2025.

-Bapa berkenaan sedang ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tempoh tujuh hari sehingga 31 Julai.

-Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing didapati negatif dadah.

-M Kumarasan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak.

-Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

-Bagaimanapun, Polis Daerah Iskandar Puteri akan meneruskan siasatan dari aspek laporan palsu oleh suspek berhubung kehilangan anaknya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian, Awani, Sinar Harian