Tahniah! Lee Chong Wei kini Datuk Seri

Iklan
Foto: Bernama

TAHNIAH diucapkan buat bekas jaguh badminton negara,  Datuk Lee Chong Wei yang menerima kurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib yang membawa gelaran Datuk Seri.

Chong Wei, 43,  menerimanya pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau terdahulu menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira pada tahun 2016. 

Suami kepada bekas pemain badminton perseorangan wanita, Datin Seri Wong Mew Choo itu juga dianugerahkan gelaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2017 dan Anugerah Darjah Bakti (DB) pada tahun 2009.

Iklan

Figura kelahiran Bagan Seri, Perak itu terdahulu menyumbangkan tiga pingat perak Olimpik buat negara.

Foto: Bernama

Iklan

Chong Wei merangkul pingat perak pertamanya pada tahun 2008 sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama mara ke perlawanan akhir acara perseorangan lelaki. 

Pencapaian itu melayakkan legenda sukan badminton itu menerima gelaran Datuk, dan ketika itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengangkatnya sebagai wira negara.

Bapa kepada tiga cahaya mata tersebut kemudiannya mengulangi kejayaan sama dua kali, pada 2012 dan 2016. Itu  menjadikannya atlet Malaysia paling berjaya dalam sejarah Sukan Olimpik.

Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraannya selepas bergelut untuk kembali cergas susulan diagnosis kanser hidung. 

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketika negara dilanda pandemik pada 2021,Chong Wei menyumbangkan sebanyak 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar  pelajar kurang berkemampuan bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).