Kes tumbuk: Abang dedah Cikgu Wan Anwar guru ganti sementara, hanya bantu guru lain dimarahi pelajar ponteng kelas

Iklan

“DIA hanya membantu cikgu lain…” 

Demikian luahan abang kepada Cikgu Wan Anwar, guru yang terlibat dalam insiden ditumbuk seorang pelajar lelaki baru-baru ini. 

Iklan
Iklan

Menurut pemilik akaun Facebook Rah Fid itu, adiknya hanyalah guru ganti di sekolah menengah berkenaan.

Ketika kejadian berlaku pada jam 4.48 petang pada 28 Julai lalu, guru Pendidikan Jasmani itu itu bertindak menegur pelajar berkenaan dan tidak menjangka teguran yang akhirnya membawa kepada kejadian tidak diduga.

Iklan

"Ini adalah cikgu yang kena tumbuk dengan anak murid dia. Dia hanya membantu cikgu lain yg sedang dimarahi anak murid, padahal murid tu yang ponteng kelas. 

"Dia hanyalah seorang guru ganti sementara, yang ketika ini masih menunggu panggilan untuk sesi ujian seterusnya bagi jawatan guru tetap," kongsinya.

Iklan

Cikgu Wan Anwar difahamkan telah berkhidmat sebagai guru ganti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama lebih empat tahun dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu merupakan bekas atlet Boling negeri Johor yang mewakili negeri itu ke US bekas wakil Sukan Malaysia (SUKMA) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

"Kami sudah serahkan kes ini kepada pihak berkuasa dan berharap hukuman yang bersesuaian dan setimpal kepada murid tersebut. Murid tersebut masih muda. 

"Masih ada lagi ruang untuk menabur jasa kepada orang lain.

"Semoga anak murid tersebut mendapat didikan yang bersesuaian, insaf dan menjadi seseorang yang berguna kepada masyarakat suatu hari nanti," titipnya.

Dalam pada itu, si abang tidak lupa memberikan kata-kata semangat buat Cikgu Wan Anwar untuk terus tabah menempuhi cabaran sebagai pendidik.

"Kepada Cikgu Wan Anwar, teruskan menjadi contoh yang baik kepada semua murid dan rakyat Malaysia. Jangan putus asa dengan apa yang terjadi. 

"Semangat dan sokongan semua daripada keluarga akan terus bersama adik, insya-ALLAH," kongsinya.

Terdahulu, remaja berusia 14 tahun berkenaan bergelut dengan pengadu sehingga mula mengugut dan menumbuk muka mangsa yang disaksikan oleh beberapa guru dan pelajar lain.

Pelajar peralihan Tingkatan Satu itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap guru berkenaan.

Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Namun mahkamah membenarkan pelajar itu diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Sumber: Facebook