JIKA anda seorang yang cerewet tentang kualiti bunyi dalam fon telinga, model terbaharu daripada Technics ini mungkin buat anda jatuh cinta.
Dikenali sebagai EAH-AZ100, fon telinga tanpa wayar ini bukan sekadar terkini dari segi rekaan, tetapi sarat dengan teknologi canggih untuk pengalaman audio yang lebih mantap.
Apa yang menjadikannya lain daripada yang lain? Jawapannya terletak pada sistem magnetic fluid driver. Ia menggunakan sejenis cecair bermagnet yang membantu pergerakan getaran jadi lebih stabil dan tepat.
Hasilnya, bunyi jadi lebih jernih, realistik dan bebas gangguan, sesuai untuk anda yang gemar dengar muzik berkualiti tinggi atau audio berdefinisi tinggi seperti dolby atmos.
Selain itu, fon tersebut turut menampilkan ultra-thin free edge dan aluminum diaphragm yang menghasilkan bass yang padu dan frekuensi tinggi yang jelas.
Jadi, sama ada pendengar muzik layan balada, rock atau muzik instrumental, setiap perincian akan kedengaran dengan jelas.
Dari segi fungsi harian, EAH-AZ100 juga bijak. Ia boleh sambung ke tiga peranti serentak.
Justeru, tidak perlu lagi cabut dan pasang sambungan apabila mahu menukar antara telefon, laptop atau tablet.
Fungsi ambient mode pula membolehkan anda dengar bunyi sekeliling, berguna sekiranya berjalan kaki atau menunggu panggilan.
Tambahan pula, ada one-touch conversation mode untuk berborak seketika tanpa perlu cabut fon dari telinga. Bateri pun tahan lama, sehingga 10 jam penggunaan atau 28 jam dengan bekas pengecas.
Pengecasan tanpa wayar, google fast pair dan fungsi cari fon turut disertakan.
Ringkasnya, EAH-AZ100 adalah fon telinga yang sesuai untuk gaya hidup aktif, moden dan mementingkan kualiti audio. Serba lengkap dan praktikal dan memang berbaloi untuk dimiliki!