STR 2025: Berita baik! Bayaran STR Fasa 3 mulai 12 Ogos, 10 info perlu tahu

Iklan

BERITA baik kepada mereka yang layak, bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Ketiga akan disalurkan mulai 12 Ogos!

Kementerian Kewangan, berkongsi lanjut berkenaan pembayaran wang sumbangan  berkenaan melalui laman sosial X.

Iklan
Iklan

Berikut 10 info berkenaan anda perlu  tahu:

1-Sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah, Kerajaan MADANI akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga mulai 12 Ogos 2025.

Iklan

2-Dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion, 8.6 juta rakyat akan menerima bayaran sehingga RM650 bagi fasa ini.

Iklan

3-Jumlah berkenaan merupakan peningkatan seramai 300,000 daripada 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari 2025. Peningkatan ini hasil daripada langkah Kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.

4-Pembayaran STR Fasa Tiga akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat2 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

6-Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap pautan tidak sahih yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat mengenai STR.

7-Pembayaran akan dilakukan menerusi tiga saluran secara berperingkat. Bagi individu yang memiliki akaun bank, ia akan dikreditkan terus ke dalam akaun mulai 12 Ogos.

8-Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank termasuk penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

9-Bagi penerima isi rumah berpendapatan bawah RM2,500, bayaran diberikan adalah RM150 hingga RM250. Sementara itu, bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 hingga RM5,000 bayaran diberikan adalah RM150 hingga RM300.

10-Bagi warga emas tiada pasangan dan individu bujang masing-masing RM150.

Sumber: X