Wajah anak tular didakwa terlibat kes Zara Qairina, bapa tampil nafi dan mahu saman. ‘Dia berhenti sekolah tahun lepas'

Iklan

BERITA mengenai pemergian Zara Qairina dipercayai akibat dibuli terus menjadi perhatian masyarakat umum dengan pelbagai cerita dan gambar yang ditularkan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keluarga seorang pelajar terpanggil untuk membuka mulut apabila wajah anak mereka pula dikaitkan dengan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada pelajar tersebut menafikan sekeras-kerasnya pembabitan anaknya dalam kes terbabit.

Gelaran ‘pembunuh’ dengan wajah anaknya seperti yang telah ditularkan dalam satu video amat membimbangkan.

Iklan

Difahamkan, bapa kepada pelajar tersebut kemudiannya memuat naik hantaran di Facebook dengan mendakwa anaknya sudah berhenti dan berpindah ke sekolah lain semasa kejadian berlaku.

Iklan

“Saya bapa kepada pelajar ini menafikan sekeras-kerasnya fitnah ke atas anak saya yang cuba dikaitkan dengan kes Zara Qairina.

“Anak saya bersekolah di sana pada 2022 (Tingkatan 1) hingga 2024 (Tingkatan 3). Pada awal 2025 anak mendapat tawaran dan berpindah ke Kolej Vokasional di Lahad Datu sehingga kini,” katanya.

Susulan itu, lelaki turut memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mengaitkan anaknya dengan kes tersebut.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk membuat saman sivil kepada mana-mana individu yang cuba mengaitkan anak saya dengan kes ini.

“Untuk makluman juga, laporan polis telah dibuat kepada pihak yang memuat naik gambar dan video anak saya dalam akaun mereka.

“Walaupun mereka telah memohon maaf dan memadam video tersebut, tetapi masih ada beberapa individu yang masih menyebarkan ‘fake news’ tersebut.

“Saya juga berharap kepada semua agar memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum sebar dan viral,” ujarnya.

Sekadar info, Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lalu dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan satu dari salah sebuah sekolah di Papar, Sabah itu meninggal dunia di hospital berkenaan keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Dilaporkan, polis juga tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kes terbabit.