9 hari peluk Islam, pemuda mualaf meninggal dalam kereta, tunang pilu berjaya jejak lokasi akhir. 'Moga syurga untukmu'

Iklan

BAHARU sembilan hari menerima hidayah dan melafazkan dua kalimah syahadah, seorang pemuda mualaf ditemukan tidak bernyawa dalam kereta.

Lebih menyedihkan, ia sekali gus mengakhiri sebuah perjalanan hidup pemuda bernama Allahyarham Jeremy Mah Ci Wei Abdullah, 26, sebagai Muslim yang baru sahaja bermula. 

Iklan
Iklan

Kisah pilu pemergian Allahyarham dikongsikan tunangnya, Qistina Liew yang tular di laman sosial  yang pada awalnya ia berjaya mengesan lokasi terakhir pemuda itu menggunakan gajet pintar Apple iaitu iPhone.

"Saya tunggu dia datang rumah selepas syif kerjanya berakhir 9 pagi. Tapi dia tak respon. 

Iklan

"Saya periksa WhatsApp Web, nampak bos dia tanya sekiranya dia datang kerja atau tak pada pukul 5 pagi.

"Saya panik dan terus jejaki menggunakan fungsi Find My melalui iPhone. Saya jumpa dia tak sedarkan diri dalam kereta berhampiran tempat kerja," titip Qistina.

Iklan

Titipnya di laman sosial, suhu tubuh Allahyarham sudah sejuk pada waktu ditemui dan dipercayai mangsa telah meninggal dunia kira-kira tujuh hingga lapan jam sebelum ditemui.

"Namun, cara saya jumpa dia agak aneh. Dia terbaring di kerusi penumpang. Tingkap sedikit terbuka. Enjin hidup dan aircond dipasang.

"Saya cuba kejut lagi (masa jumpa arwah). Pengsan ke? Kemudian saya pegang tangan dia. Saya perasan kuku dia dah berwarna biru dan coklat.

"Masa tu saya dah blur. Saya cuba angkat, sejuk dan keras. Saya cuba angkat tapi tak boleh. Muka dia pucat," kongsinya. 

Menurutnya, pihak polis dan forensik masih menjalankan siasatan berhubung kematian lelaki kesayangannya itu.

Menurut Qistina, Allahyarham baru sahaja memeluk Islam pada 10 Julai dan mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun segalanya kini tinggal kenangan.

"Baharu sahaja memeluk Islam dan sedang menyediakan dokumen untuk perkahwinan namun ALLAH lebih menyayanginya.

"Seminggu memeluk Islam sudah 'dipanggil' pulang. Semoga syurga buatmu cinta,' titip Qistina.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu.

Sumber: Instagram