Dari jeriji besi, Najib coret luahan tiga tahun dipenjara - 'Tikar sejadah menjadi teman, saat itu pasti tiba...'

Iklan

PEJAM celik, sudah tiga tahun berlalu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara. 

Bersempena tarikh itu, beliau tampil berkongsi luahan hati melalui sebuah penulisan berunsur puitis yang disiarkan kepada khalayak.

Iklan
Iklan

Dalam nukilan tersebut, Najib menyentuh tentang kehidupannya di sebalik jeriji besi. Daripada alunan azan Subuh perlahan menyapa, hinggalah kesejukan lantai simen berlapik sejadah, segalanya menjadi saksi bisu kepada doa dan sujudnya setiap hari.

Malah, figura yang pernah mencetuskan fenomena dengan frasa popular 'Malu apa, Bossku' itu tampil berkongsi luahan perasaan sempena tiga tahun berada di sebalik tirai besi.

Iklan

Tikar sejadah sebagai ‘teman setia’ yang menemaninya ketika merintih dalam doa mencari ketenangan, tempat mengadu dan ruang untuk meluahkan segala kepahitan.

Artikel berkaitan:

Iklan

“Luka dan parut di hati, hanya ALLAH yang tahu, hanya ALLAH yang mengerti,” tulisnya.

Sosok berusia 72 tahun berkenaan turut mengakui keluarga serta rakyat menjadi sumber kekuatannya untuk terus tabah.

“3 tahun berlalu… doa keluarga, doa saudara saudari semua memberi harapan, menjadi sumber kekuatan,” titipnya.

Nukilan itu diakhiri dengan keyakinan bahawa akan tiba masanya keadilan ditegakkan, walaupun beliau tidak menyebut bilakah saat yang dimaksudkan.

“3 tahun berlalu… tikar sejadah menjadi teman. Saat itu pasti tiba. Bila….” coretnya pada akhir perenggan.

Sekadar info, Najib menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia keenam dan menjalan tugas dari tahun 2009 hingga 2018. 

Bekas Menteri Besar Pahang ke-11 itu kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun di Penjara Kajang atas sabitan kes SRC international.