SEGALANYA runtuh dalam sekelip mata. Tular di laman sosial luahan hati seorang yang remuk apabila insan yang selama ini digelar isteri menyimpan rahsia hitam di belakangnya.
Menerusi video yang tular, lelaki berkenaan mencekup isteri dan lelaki berkenaan dipercayai berdua-duaan dengan lelaki berkenaan di dalam sebuah kereta.
Pemilik akaun Facebook yang memiliki dua cahaya mata itu meluahkan betapa hancur hati.
Segala kepercayaan diberikan selama ini musnah hanya kerana 'belaian' lelaki yang berstatus suami orang dan berkerjaya dalam bidang perubatan.
"Saya tak pernah sangka, orang paling saya sayang, yang setiap malam tidur di sisi sanggup menduakan saya.
"Hantar dia ke lokasi outstation, jalani hubungan jarak jauh selama berbulan-bulan, jadi tempat dia meluah bila stres, bantu siapkan kerja bila dia terlalu letih, dan sabar menunggu setiap kali dia pulang lewat malam.
Saya tak pernah curiga. Saya percaya sepenuhnya. Rupanya, selama ini dia dibelai oleh lelaki yang sudah pun beristeri. Berstatus profesional, disanjung masyarakat, tetapi hakikatnya, tidak lebih daripada perosak rumah tangga orang,"tulisnya.
Tidak hanya perasaan hancur, segala kepercayaan turut berkecai. Beliau dalam masa yang sama, bersama dokumen pembubaran perkahwinan dan mendedahkan terus bersemangat demi anak-anak.
"Saya tak hairan kenapa pasangan saya mudah jatuh kerana rayuan manis, janji palsu, dan wang yang mengaburkan mata serta hati. Hingga sanggup gadaikan maruah sendiri.
"Saat segalanya terbongkar, hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hati ini. Sampai terasa hidup tak lagi bermakna. Tapi bila saya pandang wajah anak-anak, saya bangkit, beri amaran dan cuba bertahan.
"Tapi bila peluang itu disia-siakan tanpa sedikit pun perubahan, saya tekad. Saya pilih untuk bercerai. Tamatlah 10 tahun perkahwinan yang saya pertahankan selama ini.
"Saya teruskan hidup bukan kerana saya kalaj, tetapi kerana saya lebih menyayangi diri sendiri dan anak-anak yang tidak berdosa," kongsinya.
Menerusi nukilan yang sama, lelaki itu sempat menitip pesanan, sekali seseorang mengkhianati kepercayaan dan mencemarkan maruah dengan curang, kesan buruknya kekal lama. Malah maruah yang hilang sukar dipulihkan.
"Buat pasangan yang memilih untuk curang, ingatlah. Sekali maruah dibuang, selamanya pandangan orang tak akan sama.
"Curang itu bukan silap langkah, ia pilihan yang disengajakan. Dan jangan lupa, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi," kongsinya.
Hantaran berkenaan menerima lebih 35,000 reaksi warganet dan 33,000 perkongsian di Facebook. Rata-rata bersimpati dan berharap lelaki berkenaan terus bersemangat demi anak-anak yang masih kecil.