BAPA kepada penyanyi tersohor tanah air, Ziana Zain dan Anuar Zain iaitu Zain Abdullah, meninggal dunia pada usia 87 tahun di kediamannya di Subang Permai, Selangor, kira-kira jam 3 petang, Selasa.
Perkara itu disahkan sumber terdekat keluarga penyanyi itu, yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.