SALAM Shah Alam Specialist Hospital dan PhysioGo perkukuh kerjasama strategik

Iklan

SALAM Shah Alam Specialist Hospital dan PhysioGo memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang kesihatan dan rehabilitasi di Selangor.

Melalui kerjasama ini, SALAM Shah Alam dan PhysioGo akan berganding bahu dalam pelbagai inisiatif termasuk perkongsian kepakaran klinikal, pembangunan program kesihatan komuniti, serta memperluas akses kepada rawatan fisioterapi dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dalam satu ekosistem yang menyeluruh.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Akim Affandi Ahmad, berkata, kerjasama itu akan membuka lebih banyak peluang untuk pesakit mendapatkan pandangan kedua dan konsultasi bersama pakar ortopedik hinggalah kepada rawatan pembedahan serta fisioterapi dalam satu ekosistem.

Iklan

“InsyaAllah, usaha ini juga akan memperkukuhkan jenama SALAM serta meluaskan capaian kami kepada lebih ramai pesakit yang memerlukan,”katanya dalam satu Majlis Menandatangani MoU yang berlangsung di cawangan PhysioGo, Bangi (OSTIA), hari ini.

Iklan

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif PhysioGo, Mohamad Arif Mohd Yusuf, berkata, pertumbuhan syarikat tidak boleh dicapai secara bersendirian.

Bagi kami di PhysioGo, perkongsian adalah kunci. Sebab itulah kerjasama dengan SALAM ini amat bermakna. Dengan sokongan anda, kami dapat menjangkau lebih ramai pesakit dan bersama-sama menyediakan penjagaan yang lebih baik serta pengalaman yang lebih berkualiti.

“Kami percaya bahawa dengan bekerjasama, PhysioGo dan SALAM boleh mencipta impak yang lebih besar kepada komuniti. Melalui MoU ini, objektif kami jelas iaitu mencipta nilai tambah untuk pesakit agar mereka mendapat hasil rawatan yang lebih baik dari kedua-dua pihak.

“Kami juga melihatnya sebagai permulaan kepada peluang baharu, bukan sahaja untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pesakit tetapi juga untuk membangunkan perniagaan kedua-dua pihak secara bersama,”katanya.