GERAM, marah dan sedih, perasaan penulis bercampur baur. Berita mengenai bayi berusia dua bulan yang menjadi mangsa sindiket jenayah seksual sungguh menyentap hati ini, mengundang rasa pilu yang sukar digambarkan.
Masih terlalu muda untuk memahami hakikat dunia, namun si kecil itu, bersama seorang lagi bayi dan tiga kanak-kanak perempuan berusia dua bulan hingga lima tahun diperlakukan dengan begitu kejam oleh manusia yang hanya mementingkan keuntungan tanpa sekelumit rasa perikemanusiaan.
Lebih menyedihkan, betapa mudahnya sindiket tersebut mendapatkan mangsa, hanya dengan menanggung kos bersalin dan mencari kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. Mereka menyasarkan mangsa secara rambang, tanpa belas kasihan.
Pendedahan ini tentunya mengejutkan ramai, sekali gus menimbulkan kesedaran mendalam dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa agar lebih berwaspada.
1- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Jumaat mendedahkan polis berjaya menumpaskan sindiket pedofilia selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di bandar raya Johor Bahru.
3-Susulan itu, satu operasi khas dijalankan bermula 19 Julai hingga 19 Ogos lalu bersama Unit Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC), Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, dengan kerjasama antarabangsa.
4-Hasil risikan dan siasatan membawa kepada beberapa siri serbuan di Johor Bahru, Selangor dan Pulau Pinang yang berjaya menahan 10 individu lain terdiri daripada warga tempatan, Indonesia, Myanmar dan Filipina, berusia antara 25 hingga 60 tahun.
4-Polis turut menyelamatkan tiga kanak-kanak perempuan dan dua bayi lelaki berusia antara dua bulan hingga lima tahun, yang dipercayai berada dalam kawalan suspek utama untuk dijadikan bahan bagi penghasilan video penganiayaan seksual kanak-kanak.
5-Turut dirampas ialah sijil kelahiran, kad pengenalan, buku rekod kehamilan serta borang kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari rumah suspek.
6-Menurut Kumar, siasatan mendapati, suspek mendapatkan bayi melalui iklan di Facebook yang menawarkan anak angkat dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM3,500, selain menanggung kos bersalin ibu kandung.
7-Suspek kemudian akan menguruskan dokumen di JPN bersama ibu kandung untuk mendapatkan sijil kelahiran yang sah sebelum memutuskan hubungan dengan ibu berkenaan.
8-Bayi dan kanak-kanak tersebut kemudiannya digunakan untuk menghasilkan bahan penderaan seksual kanak-kanak yang disebarkan melalui aplikasi Telegram dan laman gelap (dark web) bagi mendapatkan ganjaran wang serta pertukaran bahan.
9-Selain itu, suspek turut melakukan rogol, liwat, amang seksual fizikal serta penderaan seksual terhadap kanak-kanak bagi memenuhi nafsu sebelum merakam perbuatan tersebut.
10-Beliau berkata, suspek juga menjalankan modus operandi dengan mencari kanak-kanak perempuan di kawasan kejiranan secara rambang.
11-Kanak-kanak perempuan yang tinggal berseorangan di rumah tanpa jagaan atau pengawasan orang dewasa menjadi sasaran suspek.
12-Suspek kemudiannya akan memaksa mangsa melakukan amang seksual fizikal dan merakam perbuatan menggunakan telefon bimbit.
13-Seramai tiga kanak-kanak perempuan berusia lima hingga tujuh tahun yang menjadi mangsa suspek telah dikesan dan dikenal pasti,” katanya.
14-Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 5, Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
15-Polis menegaskan bahawa kegiatan pedofilia kini semakin membimbangkan kerana pelaku berselindung di sebalik tawaran anak angkat, dan menasihatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan anak-anak.
Sumber: Sinar Harian