Berat 53kg, mustahil Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh - Pakar patologi forensik

Iklan

MEMASUKI hari kedua posiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menyaksikan saksi pertama, Dr Jessie Hiu, 58, memberikan  keterangan.

Hari ini, Dr Jessie memberitahu Mahkamah Koroner bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh.

Iklan
Iklan

Dr Jessie yang memiliki kelayakan ijazah perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1991 dan Ijazah Sarjana dalam bidang patologi dari Universiti Malaya pada 1998 berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku disebabkan berat mangsa.

Kenyataan itu dibuat ketika beliau menjawab soalan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad.

Iklan

Badius Zaman: Doktor, adakah anda menjumpai mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian?

Dr Hiu: Ya, terdapat satu, di tingkat bawah, berhadapan dengan tangga.

Iklan

Badius Zaman: Doktor, adakah anda tahu saiz mesin basuh itu?

Dr Hiu: Ia merupakan mesin basuh domestik, bukan industri.

Badius Zaman: Adakah mangsa boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh?

Dr Hiu: Saya tidak memeriksa saiz dram mesin basuh tersebut. Saya dimaklumkan mangsa mempunyai berat 53 kilogram, dan saya tidak fikir mesin itu boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram.

Prosiding pendengaran kes di hadapan Koroner, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan diteruskan.

Imbas kembali, Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu. Beliau dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan satu inkues akan dijalankan berhubung kematiannya selepas meneliti laporan siasatan polis. Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

Pada Rabu, peguam keluarga arwah, Shahlan Jufri berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan terhadap keterangan pakar itu memandangkan sesi soal balas masih panjang.

Sumber: Bernama, Sinar Harian, Awani