Bukan dipukul, pakar patologi dedah kecederaan Zara Qairina sepadan akibat jatuh. Berikut 9 trauma pada jasad menyayat hati

Iklan

INKUES Zara Qairina memasuki hari kedua. Pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, 58,  yang menjalankan bedah siasat ke atas remaja itu memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.

Menurut Dr Jessie yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak tahun 1998, kesimpulan itu dibuat berdasarkan lokasi serta posisi penemuan mangsa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan pegawai pengendali kes, Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Iklan

Dalam keterangannya semalam, Dr Hiu menjelaskan bahawa berdasarkan ketinggian dan kelebaran penghadang konkrit, ketinggian palang besi melintang, serta ketinggian mangsa sebelum kematian, adalah berkemungkinan untuk mangsa memanjat penghadang, melintasi palang besi berkenaan, dan berdiri di atasnya.

Pada prosiding hari ini, Dr Hiu turut mengesahkan beberapa gambar yang dikemukakan Badius Zaman, iaitu gambar diambil semasa demonstrasi di lokasi kejadian pada 2 Ogos oleh seorang pegawai perubatan yang membantunya dalam siasatan tersebut. 

Iklan

Pilu hati mengingatkan kembali  temu ramah media bersama peguam yang mewakili ibu Zara, Shahlan Jufri tentang jenazah arwah pada 10 Ogos lalu.

 

 

Didakwa mengalami kecederaan termasuk patah ketika bedah siasat, berikut adalah ringkasan kecederaan sebenar dialami Zara Qairina mengikut Dr Jessie dalam keterangannya dalam prosiding inkues pada hari pertama semalam.

1) Ada koyakan sudah dijahit di bahagian belakang kepala tanpa patah tulang tengkorak atau muka.

2) Kecederaan otak teruk dan kritikal. Perubahan cair pada otak akibat pereputan, tidak dapat dinilai.

3) Bawah lengan kiri, pergelangan tangan kiri, tangan kiri, jari kelima kiri lebam dengan kecacatan akibat patah tulang radius distal kiri, terkehel sendi pergelangan tangan.

4) Lebam di buku lali, patah berbilang tulang tibia distal kanan di sendi buku lali, koyakan pada kaki kiri, lebam di buku lali kiri, patah berbilang di kaki kiri.

5) Bahagian distal tibia kiri hancur dan senget. Patah berbilang tulang calcaneum kiri, terkehel sendi buku lali kiri

6) Patah tulang vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah).

7) Hematoma otot psoas kiri dan hematoma terhad pada tisu pelvis retroperitoneum.

8) Lecetan kecil di bahagian belakang lengan bawah kiri, satu lagi di bahagian belakang siku kiri tanpa kecederaan tisu subkutaneus, otot atau tulang di bawahnya.

9) Ada kesan Phenytoin iaitu ubat anti-sawan dalam tisu buah pinggang.

Sekadar info, prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina yang bermula oada 3 September akan berlangsung selama 19 hari. Tarikh prosiding akan datang adalah 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.

Sumber: Sinar Harian, Bernama