Penat tak sudah, sukar tidur & jiwa kosong, ini bukan sekadar letih biasa. Kenali burnout sebelum parah! 

Iklan

BANGUN pagi dengan tubuh yang letih walaupun sudah tidur awal. Hati terasa kosong, semangat bekerja entah ke mana. Malam pula sukar lelap, walau mata sudah pejam. 

Jika situasi terasa terlalu biasa sejak kebelakangan ini, jangan cepat salahkan diri sebagai lemah, manja atau sekadar ‘drama queen’

Iklan
Iklan

Sebenarnya, anda mungkin sedang mengalami burnout – satu keadaan keletihan fizikal, mental dan emosi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat moden hari ini. 

Memetik Ketua Program Psikologi, Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Daniella Maryam Mohamed Mokhtar, menerusi podcast Doktor dan Anda SinarPlus, burnout adalah satu simptom klinikal yang boleh mendatangkan penyakit berkaitan psikologikal dan fizikal.

Iklan

"Burnout ini mudah kata macam bateri dah habis. Keletihan yang teramat sangat melangkau daripada tekanan biasa atau penat biasa.

Iklan

"Ia termasuk keletihan psikologi dan  keletihan emosi. Anda terlampau penat dan sampai awak rasa apa nak jadi, jadilah.  Malah anda tak rasa 'belong' kepada tempat kerja lagi.

"Selalunya ia sangat berkaitan dengan pekerjaan, any type of work. Tak semestinya di tempat kerja tetapi mungkin di luar tempat kerja. Suri rumah yang melakukan kerja rumah tanpa henti dan rutin sama pun boleh juga burnout," kongsinya.

Dalam pada itu,  Dr Daniella turut mendedahkan kesan burnout tidak terkawal boleh menyebabkan kesan bukan sahaja kepada mental malah menjejaskan fizikal. 

TANDA BURNOUT

Burnout boleh bermula dengan stres biasa dan berpanjangan tanpa intervensi. Tanpa mendapatkan bantuan akhirnya anda merasakan burnout yang ekstrem.

Antara tanda-tanda burnout adalah seperti berikut:

FIZIKAL

1-Rasa penat melampau dan lesu.

2-Merasakan tidak cukup tidur.

3-Susah untuk melelapkan mata tidur pada waktu malam. 

EMOSI

1-Rasa tidak boleh mempercayai sesiapa di tempat kerja.

2-Merasakan suasana termasuk rakan sekerja tidak lagi menyeronokkan.

BULI PUNCA BURNOUT?

Dr Daniella tidak menafikan buli menjadi punca kepada burnout di tempat kerja. 

"Buli atau situasi yang toksik di tempat kerja boleh menjadi salah satu punca burnout. Stres yang berpanjangan dan anda dibuli di tempat kerja.

"Buli dari segi definisinya perlu berulang-ulang, bukan sekali saja. Jadi itu lebih kepada gangguan (harassment).

"Bayangkan anda seorang pekerja berhadapan dengan benda ini setiap hari. Elemen penting tentang burnout ialah merasakan diri sudah tiada pencapaian atau bahasa kasarnya, sudah tak berguna dan tidak dihargai," jelasnya.

 

 

BURNOUT vs KEMURUNGAN KLINIKAL

Burnout sering dikaitkan dengan tempat kerja dan Kesan daripada pekerjaan tetapi kemurungan adalah sesuatu yang lebih luas dan perlu diagnosis termasuk ujian  Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM).

Mereka yang mengalami kemurungan perlu mengambil ubat-ubatan daripada pakar psikiatri sementara burnout tiada ada ubat  tetapi dia lebih kepada merehatkan jiwa. 

Namun tanpa kawalan, burnout boleh mencetuskan kemurungan. Anda yang mengalami burnout perlu mendapatkan nasihat daripada terapi profesional ataupun orang-orang yang dipercayai yang boleh mendengar luahan.

KESAN BURNOUT

Burnout kesannya bukan kecil. Menurut Dr Daniella, keadana itu boleh menyebabkan hilang fokus dan beberapa impak kepada otak.

"Apabila burnout, individu tidak mampu untuk fokus. Dari segi biologi, bahagian prefrontal cortex atau contohnya otak depan yang mengendalikan perancangan dan berfikir dan sebagainya kan.

"Jika seseorang terlalu burnout, mungkin perkara kecil seperti makan, pakai baju pun malas dan merasakan betapa letihnya untuk dilakukan.

"Hormon kortisol  atau hormon stres jika berubah-ubah secara tidak menentu dari semasa ke semasa boleh mendatangkan kesan bukan sahaja kepada psikologi tetapi fizikal termasuk Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)," kongsinya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan beberapa solusi bagi menangani burnout jika sudah mengalami simptom awal.

"Saya selalu dengar perkataan healing dan suka merujuknya sebagai rejuvenating (memulihkan tenaga). Berjalan di taman boleh menurunkan paras kortisol.

"Anda juga mencari hobi yang disukai seperti memasak, glamping, bermain pickleball misalnya yang tidak memerlukan belanja yang besar pun. 

"Penting untuk tidak menunggu lama  dan segera kenal pasti situasi yang dialami. Listen to your body. 

"Kalau kadang-kadang kita rasa tak stres tetapi sebenarnya badan sudah terlalu penat. So listen to your body. Tidur misalnya, jangan ambil remeh kerana ia masa untuk cas semula tubuh," kongsinya lagi.

Kepada anda yang ingin healing atau memulihkan tenaga dan semangat, anda boleh bersama dengan sesi Kasih Fun Run "Awak OK tak?" sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 pada 12 Oktober 2025.

Bermula pada jam 7 pagi, sama-sama berkumpul di  Dataran DBKL – KL Car Free Morning untuk sama-sama berlari dan berjalan sejauh lima kilometer!

Setiap langkah anda, bukan sekadar sihat tetapi juga menyokong kebajikan. Yuran hanya RM30 sahaja merangkumi jersi, pingat, bib larian dan pokok mini yang comel!

Bayaran berkenaan akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-51017388 / 018-2020086 / 0133331502