KELUARGA Fattah Amin sering menjadi tumpuan kerana kehangatan kasih sayang dan hubungan yang erat di antara mereka. Selalunya adik beradik Fattah menjadi perhatian namun kali ini bapanya, Mohd Amin Musa, 58, pula disoroti warganet.
Menerusi sebuah video tular di laman sosial TikTok, Mohd Amin dilihat tetap setia menyokong anak dan menantunya apabila memberikan tanda suka semasa mereka bersiaran langsung.
Pengguna TikTok, Edy Noor Reduan yang juga bapa saudara kepada Fattah, turut berkongsi momen tersebut, menggambarkan sokongan keluarga yang tidak pernah pudar.
Menerusi paparan video berdurasi 28 saat itu, bapa Fattah ketika itu meluangkan masa mengikuti siaran langsung Fattah dan Amira menjual jubah ketika sedang menikmati makan malam bersama ahli keluarga yang lain.
"Mak Teh pun tidak lekang tap screen. Itulah sokongan yang tidak pernah luntur daripada ayah dan ibu," kongsinya.
Menerusi ruangan komen, Edy turut menjawab pertanyaan warganet tentang adik lelaki Fattah iaitu Farhan.
"Anak lelaki yang seorang lagi di mana ya. Tak hadir kenduri abang kahwin?" tanya pengguna TikTok InaUcu85.
Bagaimanapun, Edy membalas memaklumkan adik Fattah Amin iaitu Farhan bersifat introvert.
Warganet terharu melihat tindakan ibu bapa Fattah Amin yang tetap setia menyokong anak dan menantu mereka, walaupun hanya melalui butang 'suka' dalam siaran langsung di TikTok.
Sikap rendah hati dan kasih sayang keluarga ini nyata menyentuh hati ramai. Berikut adalah respons warga maya:
"Ni ayah Fattah Amin ke? Comelnya pak cik like."
"Pak cik happy, Alhamdulillah support anak menantuu cari rezeki masya-ALLAH."
"Bagusnya Pak Cik Amin support anak, cakap pun lembut."
"Patutlah 80 juta likes, Pak Cik Amin non stop tap screen. Alhamdulilah."
Sekadar info, Fattah dilahirkan pada 14 September 1990 adalah anak kepada Mohd Amin Musa dan Azizah Abdul Ghani.
Pelakon berusia 35 tahun itu merupakan anak sulung kepada lima beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan.
Sumber: TikTok