PELAKON dan usahawan, Syatilla Melvin kini mampu menghela nafas lega apabila anak sulungnya, Syeriv Samheizy, 8, selamat berkhatan.
Berkongsi pengalaman itu di Instagram, isteri kepada aktor Shaheizy Sam mendedahkan, dia menggunakan taktik kejutan atau ‘prank’ sebagai pendekatan untuk menghadapi situasi sukar yang lazimnya ditakuti oleh kanak-kanak lelaki.
"Syeriv sudah selamat berkhatan! Alhamdulillah, lega sungguh hati ibu.
Dalam pada itu, Syatilla sempat berkongsi keadaan anak lelakinya itu yang menangis kerana enggan menjadi pesakit yang pertama disunatkan antara rakan-rakannya.
Artikel berkaitan:
- Syatilla Melvin terharu, bangga anak sulung sudah pandai imamkan solat. 'Sebak tak habis lagi'
- Takut nak sunat, lelaki nekad lari dari rumah tahun 1998, balik semula 25 tahun kemudian
- 'Tidak takut 'kena potong', 3 beradik bangsa Cina tarik perhatian. 'Khatan untuk kesihatan & kebersihan...'
Dalam pada itu, Syatilla turut merakamkan ucapan terima kasih kepada doktor yang merawat Syeriv atas layanan baik dan profesionalisme sepanjang proses berkhatan, sehingga putera sulungnya itu melalui pengalaman tersebut dengan tenang dan selamat.
"Terima kasih kepada Dr Razak Mohammed kerana begitu lembut dan baik melayan anak saya.
"Moga ALLAH permudahkan segala urusan doktor di dunia dan akhirat, insya-ALLAH, aamin," kongsinya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat putera sulung Sam dan Syatilla kini semakin membesar.
Dalam masa yang sama, rata-rata warganet turut memuji kepakaran doktor berkenaan dalam mengendalikan emosi kanak-kanak sepanjang prosedur rawatan dijalankan.
Sekadar info, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin itu mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016.
Selain Syeriv, Syatilla dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Sarima Samheizy. 5, dan Salamah Samheizy, 4.