Syatilla Melvin terharu, bangga anak sulung sudah pandai imamkan solat. 'Sebak tak habis lagi'

No Image Caption
A
A
A

SEJUK perut ibu mengandung! Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin kini mampu menghela nafas lega melihat melihat kemenjadian anak sulungnya, Syeriv Samheizy, 7.

Selalu menjadi pelindung kepada adik-adik, Syeriv benar-benar mencairkan hati ibunya apabila menawarkan diri menjadi imam ketika menunaikan solat Maghrib.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin itu sebak dan tidak menyangka pertama hatinya itu mampu menjadi imam dengan bacaan yang betul.

"Sekadar berkongsi, anak Bubu (panggilan kepada Syatilla) bapak sudah boleh jadi imam.

"Ya ALLAH, sebak tak habis lagi bila teringat dia minta untuk menjadi imam Bubu bulan lepas.

No Image Caption

"Merambu air mata ketika solat apabila mendengar anak membaca bacaan dalam solat.

Artikel Berkaitan:

"Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh lead Bubu solat Maghrib di surau food court! Bubu takkan lupa surau itu sampai mati," kongsi Syatilla.

Isteri kesayangan Saheizy Sam itu meluahkan rasa bangga apabila buah hatinya itu secara suka rela menawarkan diri menjadi imam solat.

"Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang saya faham erti bangga.

No Image Caption

"Doakan Syeriv menjadi anak soleh dunia akhirat, dapat menjaga dan membimbing adik-adiknya melakukan kebaikan," kongsinya.

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016.

Selain Syeriv, Syatilla dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Sarima Samheizy. 4, dan Salamah Samheizy, 3.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang