Aqil Zulkiflee & isteri timang anak perempuan, pilih nama Ayana Aqila- 'Penat jaga bayi baru lahir, hargailah...'

Iklan

BAGI  peminat Aqil Zulkiflee, ini berita yang mesti buat hati berbunga! Pempengaruh media sosial ini baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya pada Jumaat lalu.

Aqil atau lebih mesra dengan panggilan Aqilo, berkongsi detik manis itu di Instagram dengan memuat naik video dirinya mendukung bayi comel tersebut. 

Iklan
Iklan

Dalam kapsyen, Aqil menulis:"Alhamdulillah, terima kasih semua yang doakan. 

"Hari ini, 12/9/2025, bayi perempuan kami selamat dilahirkan, berat 2.4 kilogram. Aqil dah jadi papa, Iliya dah jadi mama,"ujarnya dengan nada gembira.

Iklan

BAPA BAHARU

Iklan

Tak cukup dengan itu, Aqil juga berkongsi gambar anak sulungnya di Threads, tiga hari selepas dilahirkan, lengkap dengan nama dan wajahnya.

"Ayana Aqila, our first baby girl. Masha-ALLAH TabarakAllah. Nanti bila dah besar, Ayana boleh tengok gambar dia masa kecil. 

"Masa ni umur dia baru tiga hari, kita nak keluar hospital baru ada masa ambil gambar dan buat video bersama," tulis Aqil.

Dalam perkongsiannya itu, Aqil turut mengakui pengalaman menjaga bayi yang baru lahir bukanlah mudah, lebih-lebih lagi bagi bapa baharu.

"Penat ye jaga bayi yang baru lahir. Hargailah orang tua yang menjaga kita masa kecil," tambahnya.

Detik ini jelas menambahkan lagi warna dalam hidup Aqil dan keluarganya. Dari pempengaruh media sosial ke bapa penuh kasih sayang, lelaki itu kini menikmati peranan terbarunya dengan penuh bangga.