'9 bulan dalam rahim, keluar sebijik abah & kakak.' Nina Ismail Sabri kongsi nama anak lelaki, hadiah terindah lengkapi keluarga

Iklan

PERSONALITI dan usahawan terkenal, Nina Ismail Sabri hari ini berkongsi kepada umum wajah anak keduanya.

Nina atau nama penuhnya Nina Sabrina Ismail Sabri dalam hantaran yang sama turut berkongsi nama bayi lelakinya itu yang dilahirkan pada 1 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum dari Heizo Nika Hafiz.

Iklan

"Lahir pada 1 Oktober 2025. Heizo bermaksud asas kepada kedamaian, Nika membawa makna kemenangan manakala Hafiz ialah pelindung.

"Alhamdulillah atas anugerah terindah ini. Kehadiranmu melengkapi kami, Heizo," tulis Nina.

Iklan

Artikel  berkaitan:

Anak bekas Perdana Menteri kesembilan Malaysia itu turut berseloroh tentang kecomelan Heizo.

Katanya, si kecil yang dilahirkan dengan berat 3.33 kilogram itu memiliki wajah seiras suami, Hafiz Osman dan anak sulungnya,  Jeannelle Nika Mandagie.

"Sembilan bulan selesa dalam rahim ibu, keluar-keluar, rupa salin sebiji Abah dan kakak!

"Swipe sampai hujung untuk lihat gambar baby abah dan aakak ya!," titip Nina.

Sekadar info, Nina dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 24 November tahun lalu.

Nina terdahulu pernah berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah pada Ogos tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun.