Nina Ismail Sabri  hamil trimester kedua, bakal sambut anak bersama suami baharu. 'Abah, kakak & mommy teruja nak jumpa baby HN'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri yang mengumumkan sedang hamil anak kedua.

Berkongsi khabar gembira di Instagram, Nina sempat memuat naik sebuah video memaparkan anak sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie memakai topi tertera 'Kakak.'

Pemilik nama sebenar Nina Sabrina Ismail Sabri juga turut memaklumkan kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

No Image Caption



Malah, mereka sekeluarga tidak sabar-sabar menunggu kelahiran permata hatinya itu.

"Berehat daripada posting raya untuk memberi laluan kepada manusia kecil ini yang kita semua sangat teruja untuk menyambutnya pada tahun ini.

"Alhamdulillah kami baru sahaja melepasi trimester pertama, mohon doakan untuk 'lil bun' kami dalam oven saya.

'Abah, kakak dan mommy teruja sangat nak jumpa baby HN," kongsi Nina.

No Image Caption



Hantaran Nina menerima ucapan tahniah daripada rakan dan warga maya.

Gembira dengan khabar yang dikongsikan, masing-masing menitipkan ucapan tahniah mendoakan agar kehamilan ahli perniagaan jelita itu berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:


Sekadar info, Nina selamat diijab kabul dengan Hafiz Osman pada November 2024

Sekadar info, Nina pernah berkahwin dengan pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 namun berpisah pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia lapan tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang