ALLAHUAKBAR! Tragisnya nasib yang dialami pelajar berusia 15 tahun ini yang menjadi mangsa serangan seksual. Tercalar maruah dan masa depan, detik hitam yang berlaku dalam kawasan sekolahnya sendiri mengundang sayu dan kemarahan ramai.
Tragedi pada 2 Oktober lalu, kejadian rogol bergilir-gilir tersebut berlaku sekitar jam 2.50 petang dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah dan perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.
Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis.
Berikut kronologi tragedi yang dilaporkan Sinar Harian:
1-Menurut sumber berkata, kejadian pada 2 Oktober itu terbongkar selepas video aib perbuatan tidak bermoral itu tersebar dalam kalangan pelajar sebelum dimaklumkan kepada guru dan seterusnya diketahui ibu mangsa pada petang Jumaat.
2-Sebelum kejadian mangsa berusia 15 tahun telah berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.
3-Namun katanya, sebaik mangsa menyedari dua pelajar lelaki senior berusia 17 tahun menghendapnya dari celah pintu kelas mangsa segera mahu beredar.
4-Tetapi suspek pertama tiba-tiba menarik tangannya, menutup mulut dan menolaknya semula ke dalam kelas.
5-Manakala seorang lagi suspek bertindak mengawal kawasan tangga dan dua rakan mereka turut berada di dalam kelas menyaksikan perbuatan terkutuk itu.
6-Kemudian suspek pertama kemudian telah bertindak membogelkan dan merogol mangsa, sebelum suspek kedua turut melakukan perkara sama.
7-Seorang lagi pelajar senior merakam kejadian menggunakan telefon bimbit milik suspek pertama, manakala seorang lagi menjaga kawasan kelas.
8-Katanya, mangsa yang trauma dan ketakutan enggan ke sekolah selepas kejadian itu sehinggalah ibunya dimaklumkan oleh guru tentang penyebaran video berkenaan.
10-Selepas melihat video tersebut, ibu mangsa membawa anaknya membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah.
11-Buat masa ini, mangsa dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut dan masih menjalani rawatan serta sesi kaunseling.
12- Susulan laporan polis, keempat-empat pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dijangka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan telah ditahan pada hari sama laporan polis dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
13-Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.
14-Kesemua suspek direman enam hari sehingga 16 Oktober bagi membantu siasatan.
Tiada kompromi salah laku seksual di sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius kes salah laku seksual melibatkan beberapa pelajar di sebuah sekolah di Melaka dengan kesemua suspek berusia 17 tahun telah direman untuk siasatan polis.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah tanpa sebarang perlindungan.
"Saya telah mengarahkan pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk memastikan prosedur dipatuhi sepenuhnya dan memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.
"Tindakan paling tegas perlu diambil terhadap pesalah. Tiada siapa yang akan dilindungi!" tegasnya menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau menegaskan bahawa pematuhan prosedur penting bagi mengekalkan keselamatan murid, guru dan integriti institusi pendidikan.
Sumber: Sinar Harian, Berita RTM