MAJLIS resepsi pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman pada Sabtu menyaksikan bapa Amira, Othman Abd Kadir memberikan ucapan sayu buat pengantin.
Menyampaikan bait-bait ayat buat anak kedua dan menantu, Othman juga dilihat sebak sehingga menitiskan air mata.
"Perkahwinan ni adalah satu perjalanan yang amat jauh. Destinasi memang sama, tapi laluan dan ranjau itu pasti berbeza. Kepada Fatah, sbah nak pesan sebagai ketua.
"Sebagai ketua, Fatah kena secara kuat dan sabar. Memang banyak dugaan. Kalau Fatah rasa pahit, sakit, sedih, jangan takut, kita semua pun sudah rasa.
"Kehidupan memang berwarna, ia mematangkan kita. Kepada anakku Amira, abah sentiasa doakan Mira juga harus kuat dan sabar. Kalau ada tak puas hati, simpan dahulu sampai esok pagi.
"Ingat ini, semasa kita panas hati, sentiasa ada iblis di sisi untuk jadi batu api.
"Sebab itu, kena simpan esok hari, iblis pun angkat kaki. Mungkin kakinya lemh berdiri. Masa tu, sengketa pasti tak jadi.
"Begitu juga untuk Fattah, sang suami, pesanan ini tak terkecuali. Rumah tangga akan kekal abadi kalau banyak toleransi untuk dapat happy family.
"Untuk Fatah, Amira telah kami jaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab yang kami mampu, sentiasa berdoa agar dia menjadi insan yang baik dan berguna.
"Saya juga seperti ayah-ayah lain, hendak melepaskan anak, mesti macam-macam rasa.
"Gembira, hiba dan macam-macam lagi yang tak terkata. Cuma mampu berdoa agar tangan yang menerima itu adalah lebih baik dari tangan yang melepaskan. Selebihnya, kita hanya mampu berserah pada ALLAH.
"Untuk Fattah, abah percaya Fattah akan terus menjaga dengan lebih baik daripada apa yang telah kami berikan.
Majlis resepsi Amira berlangsung di di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor yang dihadiri kira-kira lebih 2,000 tetamu.
Sebelum ini, Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, sah bergelar suami kepada Amira dengan hanya sekali lafaz.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, yang bertindak sebagai jurunikah mewakili bapa pengantin perempuan.
Sumber: Tiktok