Rogol statutori tiga pelajar, rakam dan sebar di Baling. 'Dilakukan di dalam dalam kelas, ladang kelapa sawit & rumah'

Iklan

SEMINGGU lalu negara dikejutkan dengan kes jenayah rogol yang oleh dua pelajar di Melaka, hari ini digemparkan pula dengan berita gadis bawah umur diperkosa secara berkumpulan di Baling, Kedah.

Seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki berusia diantara 15 hingga 17 tahun telah ditahan satu laporan polus berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas.

Iklan
Iklan

Berikut info mengejutkan termasuk perbuatan jijik itu dilakukan di dalam kawasan sekolah:

1-Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali dalam kenyataan mendedahkan beberapa fakta mengejutkan berkaitan kes berkenaan. Pada 11 pagi Ahad lalu, pengadu telah dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan satu rakaman bogel.

Iklan

2-Polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar bagi membantu siasatan. 

3-Hasil siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lepas di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah.

Iklan

4-Difahamkan, kesemua suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular berkenaan dan polis telah merampas enam telefon bimbit suspek.

5-Permohonan reman terhadap empat suspek telah dibenarkan selama lima hari dari tarikh ditangkap (12 Okt) bagi siasatan lanjut. 

6-Kes disiasat di bawah seksyen rogol berkumpulan dan menghantar pornogafi kanak-kanak.

7-Ahmad Salimi juga berkata pihaknya memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja.

8-Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai rogol statutori.

9-Beliau berkata, mangsa yang masih di bawah umur telah melakukan hubungan seksual dengan setiap daripada empat suspek secara berasingan, termasuk di bilik darjah kosong, ladang kelapa sawit dan di rumahnya.

10-Walaupun perbuatan itu dilakukan secara suka sama suka, namun mangsa masih di bawah umur dan belum cukup matang untuk memahami akibat perbuatannya.

11-Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol statutori.

12-Adzli turut mengesahkan, seorang daripada suspek berusia 17 tahun merupakan teman lelaki mangsa.

13-Daripada empat suspek itu, seorang ialah bekas pelajar yang telah dibuang sekolah, manakala tiga lagi akan dibuang oleh pihak sekolah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah

14-Mengenai video yang ditemukan dalam telefon suspek, ia tidak memaparkan aksi hubungan seks, sebaliknya menunjukkan perlakuan tidak bermoral lain melibatkan mangsa.

15-Beliau turut memberitahu, tiada bukti menunjukkan video berkenaan dijual, sebaliknya hanya dikongsi sesama mereka termasuk oleh mangsa sendiri.

16-Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana penyebaran bahan pornografi kanak-kanak. Beberapa telefon bimbit termasuk milik mangsa telah dirampas

17-Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.

18-Adzli berkata walaupun dilakukan secara suka sama suka, kerana ia melibatkan bawah umur, ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol statutori. 

19-Beliau berkata kredit wajar diberikan kepada guru disiplin sekolah yang segera memaklumkan kepada ibu bapa mangsa, membolehkan laporan polis dibuat tanpa berlengah.

Akan dibuang sekolah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah segera menjalankan siasatan dalaman dan mengambil hukuman tegas termasuk buang sekolah ke atas pesalah.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah memulakan proses siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan tegas buang sekolah terhadap semua pesalah yang terlibat dalam kes rogol serta penyebaran video kelakuan tidak senonoh di sebuah sekolah di negeri itu.

Sumber: Sinar Harian