Che Ta pertimbang home schooling untuk Aaisyah, bimbang kes jenayah sekolah meningkat: 'Budak sekarang perangai pelik-pelik'

Iklan

PELAKON terkenal, Rozita Che Wan berkongsi kegundahannya terhadap situasi keselamatan sekolah ketika ini.

Bimbang dengan lonjakan kes jenayah di kalangan pelajar, dia yang mesra disapa Che Ta mengakui terfikir untuk mengubah cara pembelajaran anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, kepada kaedah home schooling.

Iklan
Iklan

Baginya, langkah itu bukan semata-mata tindakan drastik, tetapi satu ikhtiar menjaga keamanan dan kestabilan jiwa anak.

Menurutnya lagi, dengan membawa 'kelas ke rumah', dia berharap suasana pembelajaran akan lebih terkawal, mesra dan terjamin.

Iklan

“Aaisyah, lepas ni home school je. Tak payah pergi sekolah. Kat sekolah tu tak tahulah budak sekolah sekarang ni makan apa.

"Perangai pelik-pelik. Macam monyet,  beruk semua eh.

Iklan

"Panggil cikgu je datang mengajar kat rumah. Cikgu pun cikgu perempuan,” katanya dalam satu video yang dikongsi di TikTok., sambil menyebutkan kebimbangan terhadap persekitaran sekolah yang kadang-kadang dilihat sebagai pelik dan tidak selamat.

Walaupun nada perkongsiannya disulam gurauan, namun hantaran isteri kesayangan Zain Saidin itu mencerminkan keresahan ramai ibu bapa.

Tambah Che Ta, sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan, rasa bimbang itu semakin menebal apabila melihat pelbagai kejadian luar jangka berlaku di institusi pendidikan.

“Sekarang jadi mak yang ada anak perempuan ni, takutlah Ya ALLAH.

"Macam-macam. Hai, tak payah senyum. Serius ni Aaisyah,” ujarnya lagi apabila melihat anaknya hanya tersenyum mendengar bebelannya itu.

Che Ta merujuk pada insiden-insiden jenayah di sekolah yang tular, antaranya kes rogol dalam kelas dan pelajar maut akibat ditikam.

Situasi sebegini menyebabkan tanggapan bahawa sekolah, yang sepatutnya tempat selamat, kini boleh menjadi medan ancaman.

Reaksi warganet di platform media sosial turut membanjiri ruang komen rakaman tersebut.

Ramai yang sependapat dengan Che Ta: “Sekolah pun dah jadi tempat tak selamat”, ada menyarankan agar sistem tutor ke rumah dan menegaskan kepentingan memanggil guru wanita atau guru agama agar anak terpelihara baik dari aspek pengetahuan akademik dan rohani.

Home schooling bukanlah pilihan yang baharu, tapi kehadirannya kini semakin diperbincangkan.

Namun, ia menuntut persediaan dari segi:

• Silibus & pensijilan – Agar pendidikan anak tetap diiktiraf

• Kualiti guru / tutor – Termasuk aspek latar belakang dan kesesuaian mengajar

• Sosialisasi & pengalaman – Anak tetap memerlukan ruang bersosial, aktiviti luar dan pengalaman bersama rakan sebaya

• Keselamatan digital & mental – Pastikan anak sentiasa terhubung secara sihat dengan dunia luar

Jika dijalankan dengan rapi, home schooling mampu menjadi mekanisme selamat untuk anak, terutama dalam situasi sekolah menghadapi isu keselamatan yang belum diselesaikan.

Semua ibu bapa baik orang biasa mahupun selebriti berkongsi satu aspirasi yang sama yakni mahu memastikan anak- anak dibesarkan dalam persekitaran selamat dan penuh kasih sayang.

Sikap proaktif seperti yang ditunjukkan Che Ta membuka ruang perbincangan lebih luas: bukan sahaja tentang sistem pendidikan, tetapi juga soal keselamatan dalam institusi sekolah dan tanggungjawab bersama.

Semoga dilema seperti ini menjadi pemangkin kepada tindakan kolektif: sekolah, ibu bapa dan pihak berkuasa berganding bahu memperkuat sistem keselamatan dan mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat dan selamat untuk semua anak.