Kronologi dua beranak dibunuh dalam keadaan mengerikan, suami ditahan. 'Terlalu kejam, lebih teruk daripada binatang'

Iklan

KAMPUNG Sekolah, Juru, Pulau Pinang digemparkan dengan pembunuhan kejam dua beranak.

Rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat, namun berubah bila dua beranak ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan mengerikan.

Iklan
Iklan

 Tubuh mereka menanggung kecederaan luar biasa sehingga ke akhir nyawa.

“Terlalu kejam… lebih teruk daripada binatang,” luah Bismi Che Hin, 60, abang kepada mangsa pertama, Sariya Che Hin, 51 sekali gus menggambarkan betapa dahsyatnya tragedi yang meragut wanita itu dan anak angkat, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11.

Iklan

Berikut kronologi kejadian yag meruntun hati:

Iklan

1-Kira-kira 7.30 malam Sabtu, mayat wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan oleh suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam. di sebuah rumah di Juru di sini, malam Sabtu.

2-Difahamkan, mayat wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus, manakala anaknya ditemukan dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

3-Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

4-Sebuah rakaman suara tular berupa  luahan pilu seorang lelaki selepas menemukan isteri dan anak perempuannya mati dibunuh.

5-“Assalamualaikum Daus, esok abang tak kerja tau, isteri aku dengan anak aku kena bunuh dekat rumah...”- Rakaman suara berdurasi 20 saat yang tular di media sosial itu memaparkan lelaki berkenaan dipercayai suami mangsa.

6-Seorang jiran terkejut apabila lelaki berkenaan datang ke rumahnya untuk memaklumkan bahawa isteri serta anak perempuannya telah mati dibunuh.

7-Jiran dikenali sebagai Ida memaklumkan lelaki itu memberi salam dua kali sebelum memberitahu bahawa isterinya dan anak perempuannya telah dibunuh.

8-Difahamkan, ketika itu azan Maghrib baharu berkumandang dan lelaki berkenaan yang masih berpakaian kerja baru pulang menunggang motosikal. Wajahnya kelihatan sebak sebelum bergegas pergi.

9-Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sempat bertanya sama ada dia ternampak kereta atau apa-apa kenderaan mencurigakan masuk ke kawasan rumahnya.

10-Jiran berkenaan memaklumkan tidak perasan apa-apa yang pelik atau mendengar bunyi bising mahupun jeritan.

11-Keluarga kecil berkenaan difahamkan menyewa di rumah tersebut kira-kira dua tahun lalu dan tiada  insiden mencurigakan atau pertengkaran dilihat antara mereka sebelum ini.

12-Sementara itu, Pakar Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang leher yang dipercayai menjadi punca utama kematian mereka.

13-Dua mangsa itu meninggal dunia dalam tempoh yang hampir sama dan luka yang dialami sangat teruk berpunca daripada senjata tajam seperti pisau pemotong daging.

14-Kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa yang menunjukkan kemungkinan berlaku pergelutan sebelum kejadian seolah cuba menangkis serangan.

15-Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian mangsa pertama telah diserang terlebih dahulu sebelum suspek naik ke tingkat atas dan menyerang anaknya.

16-Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif pembunuhan.

17- Suami mangsa berusia 57 tahun ditahan reman selama seminggu hingga 25 Oktober ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

18-Walaupun lelaki itu ditahan  hingga 25 Oktober ini dan siasatan tetap diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian dan pelaku sebenar.

Terlalu kejam, lebih teruk daripada binatang - Abang

Itu luahan Bismi Che Hin, 60, abang kepada mangsa bunuh yang juga adik bongsunya, Sariya Che Hin, 51.

Menurutnya, Suraya Che Hin, 51, merupakan adik bongsu daripada enam beradik dan seorang yang peramah dan disenangi ramai.

Mengakui kali terakhir bertemu Sariya ketika majlis perkahwinan anak saudaranya, Bismi mengakui tidak mengetahui banyak latar belakang lelaki yang merupakan suami si adik.

“Saya pun tak tahu... dengar-dengar dah kahwin. Saya pun tak pernah bersembang dengan suaminya yang ini.

“Tapi mereka kahwin tak sampai lima tahun,” katanya.

Dia yang masih terkejut dengan kejadian itu turut memohon agar pihak polis menjalankan siasatan terperinci serta menjatuhkan hukuman setimpal terhadap suspek.

Difahamkan, jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Sik malam ini.

Sumber: Sinar Harian, Bernama