Manisnya! Umai kini tampil bertudung, peminat doa istiqamah

Iklan

PENYANYI remaja Umairah manis dengan berhijab menjadi perhatian warganet.

Tampil dengan imej baharu beberapa hari lalu, anak saudara Biduanita  Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima pujian dan doa daripada peminat serta warganet yang terinspirasi dengan penampilannya.

Iklan
Iklan

Pemenang  pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 itu dilihat tampil manis menghadiri temu ramah bersama stesen radio.

Memetik Gempak, keputusan itu dibuat atas kerelaan Umai sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Iklan

“Ya, Alhamdulillah. Umai mula bertudung atas kehendaknya sendiri. Apabila mula mengenakan tudung, dia kata lebih berasa tenang.

“Sebagai seorang ibu, tentunya saya sangat bersyukur dengan keputusan itu,” kata ibu, Siti Sairah Tarudin.

Iklan

Artikel berkaitan:

Malah, penyanyi berusia 14 tahun itu tidak membuat tidak mengumumkan perubahan berkenaan secara terbuka kerana mahu melakukannya secara perlahan-lahan.

“Dia tak mahu buat pengumuman apa-apa mengenai hal ini. Dia mahu perlahan-lahan sahaja.

“Kami sekeluarga mendoakan supaya Umai istiqamah dan terus kuat dengan keputusan yang dibuat,” ujarnya.

Jelas Sairah, anak perempuannya itu melakukan perubahan tanpa sebab tertentu.

“Tidak ada sebab tertentu. Dia sendiri rasa sudah bersedia. Beberapa hari sebelum itu, dia mula memakai tudung setiap kali keluar rumah.

“Saya sempat bertanya sama ada benar-benar mahu bertudung dan  dia jawab ya, memang mahu.

“Apabila saya mendengar keputusan Umai, pastinya saya terharu. Tiada ibu yang tidak mahu melihat anak perempuannya menutup aurat. Saya sendiri berusaha untuk istiqamah bersamanya supaya dia terus kuat.

“Untuk itu, saya harap semua pihak dapat sama-sama doakan dia. Kadang-kadang doa daripada orang lain itu yang diangkat dan diterima oleh ALLAH. Insya-ALLAH, semoga Umai terus kekal dengan keputusan baik ini,” ujarnya.

Warganet mengucapkan tahniah buat Umai dan mendoakan anak sulung daripada lima adik beradik itu terus istiqamah.

"Umai nampak stail dan cantik. Teruskan istiqamah Umai."

"Subhanallah cantik berhijab Umai, semoga kekal ye dan istiqamah."

"Lawanya Umai."

Umai yang bersekolah di Sekolah Seni Kuala Lumpur merupakan finalis Ceria Megaministar dan pernah menyertai Famili Duo bersama ibunya.

Penyanyi remaja itu baharu melancarkan lagu berjudul Sayap.

Sumber: Gempak