Fattah Amin & Amira Othman tak layan komen negatif- 'Yang penting, kita tak buat jahat dengan orang'

Iklan

SUASANA penuh cinta dan harmoni di majlis resepsi pengantin baharu Fattah Amin dan Amira Othman tampil memukau dan penuh dengan keanggunan meraih pujian ramai.

Bukan itu sahaja, jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah masing-masing.

Iklan
Iklan

Pun demikian, suara-suara negatif segelintir netizen di luar sana masih berbunyi.

Namun, semua itu tidak memberi kesan kepada pasangan sama cantik sama padan itu. Malah, mereka sempat menitipkan pesanan yang cukup menyentuh hati.

Iklan

Amira dan Fattah ketika ditemui SinarPlus usai majlis tersebut bagaimanapun tenang dan enggan membiarkan perkara tersebut menjadi duri dalam hubungan yang baru bercambah.

“Kita doakan sehingga mereka dapat hidayah, mereka berubah jadi orang yang baik-baik juga.

Iklan

"Gembira lah atas sesuatu dari seorang lain. Kalau ada yang tak suka, itu hak mereka. Kita pun tak tahu siapa yang bercakap sebenarnya,” ujar Amira tenang.

Mengulas tentang komen dan reaksi di media sosial yang tidak semuanya positif, Amira mengakui dia dan Fattah memilih untuk tidak melayan perkara-perkara negatif.

“Terus terang, kalau media sosial yang negatif-negatif itu, kita pun tak nak tengok. Sebab kita rasa, itu pendapat masing-masing.

"Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Tapi yang penting, kita tak buat jahat dengan orang, tak gengki dengan orang,” katanya.

Tambah Amira lagi, dia percaya doa yang baik akan berbalik kepada diri sendiri.

“Kita doakan mudah-mudahan yang tak happy itu akan happy juga. Sebab kalau dia happy untuk orang, ALLAH pun akan bagi dia happy.

"Tak perlu nak memikirkan hal tersebut, sebab kita nak hidup aman dan damai," ungkapnya penuh makna.

DOA JADI KEKUATAN

Menyentuh mengenai kehidupan selepas bergelar isteri, dedah pemilik nama sebenar, Nadia Amira Othman, mereka suami isteri sepakat, bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga tentang memilih kedamaian dan menjaga hati daripada perkara yang tidak perlu.

“Hidup kita bukan untuk puaskan hati manusia. Kita pun ada urusan lain, ada tanggungjawab yang lebih besar. Jadi, benda-benda yang tak perlu tu… kita tak nak layan.

"Tak semua perlu kita respon. Yang penting kita terus buat baik,” katanya dengan senyuman lembut.

Sementara itu, Fattah yang setia di sisi isterinya sepanjang sesi temu bual hanya tersenyum mendengar butir bicara Amira.

Baginya, kebahagiaan rumah tangga bermula apabila kedua-duanya saling memahami dan mendoakan.

“Kami nak hidup sederhana, tenang dan tak terbeban dengan pandangan luar.

"Apa pun, doa orang ramai yang baik-baik itu kami hargai sangat. Doa juga yang jadi kekuatan kami,” katanya ringkas namun bermakna.

Pada masa sama, fattah turut meluahkan rasa syukur apabila majlis resepsi tersebut berjalan lancar dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

"Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Walaupun agak penat kerana majlis diadakan berturut-turut, tapi rasa lebih seronok daripada letih. Semua ini rezeki, dikelilingi orang baik-baik yang datang meraikan kami.

Mengulas tentang segelintir pihak yang menganggap perkahwinan mereka sebagai ‘wedding of the year’, pelakon Poskad Cinta Dari Auckland itu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebahagiaan mereka.

"Kami gembira apabila orang cakap begitu. Sebenarnya kami hanya mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu yang hadir," ungkapnya sambil memberitahu bakal mengadakan satu lagi majlis khas bagi meraikan para peminat yang selama ini tidak henti memberikan sokongan.

Sekadar makluman, majlis resepsi pasangan tersebut turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Aina Abdul serta penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan.

Untuk rekod, mereka selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu, sebelum mengadakan majlis resepsi pertama di Johor minggu berikutnya.

Pasangan ini nyata bukan sekadar melangkah ke alam rumah tangga dengan cinta, tetapi juga dengan prinsip hidup yang jelas menjaga hati, menyebarkan kebaikan dan memilih ketenangan berbanding perhatian dunia.

Dalam era serba digital dan penuh tekanan sosial, kata-kata Amira dan Fattah ini terasa seperti hembusan segar, mengingatkan kita bahawa tidak semua perkara perlu dijawab, tidak semua kritikan perlu dilayan.

Kadang-kadang, bahagia itu hadir bila kita belajar melepaskan dan terus berbuat baik.

Hidup ini bukan tentang siapa paling disukai di media sosial, tapi siapa paling damai hatinya di dunia nyata.