Anak AR Badul tertembak mati 6 tahun lalu, keluarga mula tuntutan saman.' Cuai, melulu dan melanggar tanggungjawab'

Iklan

TENTU ramai masih ingat pemergian tragis anak kepada pelakon AR Badul, Allahyarham Mejar Zahir Armaya yang meninggal dunia akibat tertembak dalam satu demonstrasi.

Khabarnya, pihak keluarga melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Iklan
Iklan

Memetik Sinar Harian, peguam, Datuk Ansari Abdullah berkata, prosiding di Mahkamah Tinggi itu sudah bermula sejak Isnin, melibatkan tuntutan daripada ibu, ayah dan adik Allahyarham yang ditembak mati pada 4 September 2019 semasa melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi.

“Keluarga telah memfailkan saman menuntut perintah daripada mahkamah dalam tiga aspek iaitu kecuaian, tindakan melulu dan pelanggaran tanggungjawab di bawah undang-undang.

Iklan

"Sekiranya mahkamah menerima tuntutan tersebut, mereka turut memohon supaya ganti rugi diperintahkan dibayar atas kematian Allahyarham Mejar Zahir, yang telah dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel selepas meninggal dunia.

Iklan

“Tuntutan difailkan terhadap individu yang menembak, pegawai-pegawai atasan termasuk Ketua Angkatan Tentera Malaysia, pihak polis kerana gagal menyiasat dan mengambil tindakan di bawah undang-undang, serta hospital yang didakwa tidak memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Selasa.

Menjawab persoalan mengapa tuntutan difailkan selepas tempoh agak lama, Ansari menjelaskan, ia masih dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang, iaitu sebelum tiga tahun daripada tarikh kejadian.

“Kami memfailkan sebelum tiga tahun, itu had masa yang ditetapkan oleh undang-undang. Selepas itu, kes ini ditetapkan di hadapan seorang hakim yang kemudiannya kurang sihat. Maka Hakim Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai, mengambil alih dan mendengar kes ini.

“Bagi prosiding ini, kami bercadang untuk memanggil tujuh saksi dan salah seorang daripadanya, iaitu bapa saudara Allahyarham, telah memberi keterangan. Kami kini sedang mencari seorang lagi saksi yang pernah menjalani latihan bersama arwah sebelum demonstrasi tersebut,” katanya.

Difahamkan, prosiding berkenaan akan berlangsung sehingga Jumaat ini. Ansari turut dibantu dua peguam lain iaitu anaknya, Erveana Ansari, serta Noor Shazwani Sapri.

Imbas kembali kejadian pada 2019 itu, Mejar Mohd Zahir, meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula sekitar 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan.

Ketika kejadian, arwah berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan.

Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Arwah meninggalkan isteri dan lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.

Sumber: Sinar Harian