Trofi Shopee Superstar Awards 2025 jadi bukti, Anas Zahrin tak pernah kenal erti gagal

Iklan

BAGI sesetengah orang, kejayaan mungkin datang dengan mudah.

Namun berbeza dengan Anas Zahrin. Pengasas ANAS Cosmetics itu mengakui, setiap langkahnya adalah tentang percaya, jatuh, bangkit dan terus berjalan.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, nama anak muda kelahiran Kota Tinggi, Johor itu sekali lagi menjadi sebutan apabila dinobatkan sebagai Seller Creator Terbaik di Shopee Superstar Awards 2025.

Kemenangan yang diraikan di ibu kota itu bukan sekadar trofi, tetapi simbol kepada perjalanan panjang penuh cabaran sejak beliau menceburi platform e-dagang lebih tiga tahun lalu.

Iklan

“Alhamdulillah, ini satu detik manis yang saya akan kenang sampai bila-bila. Ia bukan sekadar penghargaan, tapi bukti bahawa usaha tanpa putus asa akan membuahkan hasil,” katanya tenang.

Bagi Anas, kejayaan ini bukan tentang siapa paling hebat, tetapi siapa yang tidak berhenti bila diuji.

Iklan

Dalam dunia perniagaan, katanya, ramai mudah menyerah bila apa yang diusahakan tak menjadi.

“Saya pernah rasa jatuh juga. Tapi saya belajar untuk fikir sebaliknya buang jauh-jauh istilah gagal atau mengalah. Kalau kita sendiri tak yakin dengan impian kita, siapa lagi?” ujarnya.

MENCIPTA  FENOMENA

Dilancarkan pada Ogos 2017, ANAS Cosmetics bermula kecil-kecilan sebelum mencipta fenomena di platform seperti TikTok dan Shopee.

Antara produk yang mencuri perhatian ialah lipmatte dan serum bibir, yang kini telah terjual ratusan ribu unit di pasaran dengan harga mampu milik.

Namun bagi Anas, angka jualan bukan ukuran sebenar.

Yang lebih bermakna ialah apabila produknya menjadi pilihan wanita biasa, daripada golongan B40, suri rumah dan mereka yang sedang berjuang memperbaiki hidup.

“Mereka inilah sebenar-benarnya penyokong saya.

"Dari awal hingga sekarang, mereka yang menjadikan ANAS Cosmetics berdiri di tempatnya hari ini. Saya sangat menghargainya,” katanya dengan rendah hati.

Walau sudah menerima lebih 18 pengiktirafan dari TikTok dan kini diiktiraf pula oleh Shopee, Anas tidak melihat ia sebagai noktah.

Sebaliknya, ia menjadi semangat baharu untuk terus berkarya dan memperjuangkan produk tempatan agar mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa.

“Saya mahu terus hasilkan produk lokal yang berkualiti dan berpatutan.

"Tahun depan, insya-ALLAH akan ada lebih 15 rangkaian baharu. Tapi lebih daripada itu, saya nak bawa mesej bahawa produk anak Malaysia pun boleh berjaya,” katanya.

AMANAH

Di sebalik dunia kosmetik yang penuh glamor, Anas juga dikenali dengan sisi pemurah dan prihatin.

Beberapa minggu lalu, beliau menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada rakyat Palestin di Gaza melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia, bersempena kejayaan jualan lipmatte yang mencecah 1 juta unit di TikTok.

Bagi Anas, memberi bukan sekadar tanggungjawab sosial, tapi satu cara hidup.

Katanya, setiap rezeki yang diterima datang dengan amanah untuk dikongsi semula.

“Kejayaan takkan bermakna kalau kita tak bantu orang lain rasa bahagia juga.

"Saya percaya bila kita memberi, ALLAH akan ganti dengan sesuatu yang lebih indah,” katanya lagi.