Dakwa isteri tidak mahu jumpa keluarga dan jalani pembedahan bariatrik atas kerelaan sendiri, pempengaruh buat laporan polis

Iklan
Foto: Ihsan Harian Metro, TikTok Fatin Syazwani

BARU-baru ini tular di laman sosial dakwaan pempengaruh, Prince Syed memaksa isteri menjalani pembedahan bariatrik dan tidak membenarkan wanita itu bertemu keluarga

Dalam perkembangan terbaharu, isteri kepada Prince Syed,  Fatin Syazwani Ishak, 27, mendedahkan rawata bariatrik atau lebih dikenali sebagai potong usus itu dilakukan atas kerelaannya sendiri.

Iklan
Iklan

"Saya memang buat bariatrik (pembedahan) tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami.

"Saya yang buat sendiri. Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak buat," katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Iklan

Ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan pembedahan berkenaan dijalankan di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak pada 8 Oktober lalu dan suaminyasedia maklum mengenai hal itu.

Dalam pada itu, Fatin Syazwani mendakwa, suaminya tidak pernah memaksa dirinya melakukan prosedur berkenaan demi menjual produk pelangsingan dan memohon orang ramai berhenti menyalahkan suaminya. Sebaliknya itu dilakukan atas kerelaannya sendiri.

Iklan

"Fatin minta Syed kumpul duit (untuk menampung kos pembedahan).

"Tolong jangan serbu (serang) Syed…tolong sangat. Syed tak ada kena mengena.

"Saya nak tenang-tenang saja," katanya menerusi satu kiriman video kepada Harian Metro.

Wanita itu tidak menyangka pembedahan bariatrik yang dijalaninya dikaitkan dengan dakwaan rumah tangganya dengan Prince Syed sedang bermasalah.

"Kenapa sampai macam itu? Awat (kenapa) lebih sangat.

"Jangan lebih dan melampau sangat. Kenapa orang tak puas hati daripada dulu?.

"Penat, sumpah letih, kecewa," katanya.

Dalam masa yang sama, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menjadikan isterinya tikus makmal dengan memaksa suri hatinya itu menjalani pembedahan berkenaan.

Dia memberitahu, isterinya menjalani prosedur itu dengan kerelaan sendiri, Malah katanya, salah satu faktor pembedahan itu dijalankan ialah penghinaan bentuk fizikal atau 'body shaming'.

Jelas usahawan berkenaan, perkara itu tidak dikongsikan kepada sesiapa bagi menghormati permintaan Fatin Syazwani dan sama sekali bukan kerana mahu melarikan isterinya seperti yang didakwa.

"Sebelum ini, isteri pernah luahkan hasrat nak buat (pembedahan bariatrik) dan saya tanya semula adakah dia sudah fikir betul-betul kerana saya tak sokong tapi tak halang.

"Namun isteri nekad dan saya akur malah menemaninya sepanjang di sana (pusat perubatan swasta yang menjadi tempat pembedahan) daripada awal hingga selesai.

"Saya siap solekkan wajahnya di atas katil sebelum nak keluar dari pusat perubatan itu selepas pembedahan jadi memang tak ada isu saya memaksa atau dia dipaksa.

"Cuma isteri saya dimasukkan ke sebuah hospital empat hari lalu kerana dehidrasi dan sudah melakukan satu sesi dialisis. Keadaannya stabil, bacaan pun cantik, tunggu waktu dibenarkan pulang ke rumah saja," katanya.

Terkenal dengan video tular susulan sering memberi layanan baik kepada Fatin Syazwani, ahli perniagaan itu menafikan dakwaan melarikan wanita itu dan anak-anak, sebaliknya mendedahkan ada membawa mereka bertemu keluarga mentua sebelum ini.

"Setiap kali ke utara tanah air, saya, isteri dan anak singgah ke rumah mentua.

"Tak ada isu nak larikan anak dan rumah dalam video tular itu kediaman kakak, bukan rumah saya seperti didakwa," katanya.

Dalam pada itu, Prince Syed juga mendakwa telah membuat laporan di Balai Polis Klang, Selangor, petang susulan dakwaan diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah.

Dalam insiden pada jam 2.40 petang semalam, Prince Syed mendakwa diserang empat individu dikenali di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang.

Dalam kejadian itu, dia mendakwa dipukul beberapa kali pada bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar manakala wajah ditumbuk.

"Selain itu, mereka turut mencakar tangan saya sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi.

"Saya ada bukti iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan apa yang terjadi berlaku disebabkan mereka anggap saya mengongkong serta menghalang isteri (Fatin) berjumpa mereka.

"Hakikatnya, isteri enggan berjumpa mereka atas sebab tertentu dan saya buat laporan polis untuk keselamatan diri serta bimbang mereka bertindak agresif ," katanya.

Lelaki itu juga mendakwa, laporan polis dibuat di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor selepas didesak individu sama agar berpisah dengan isterinya.

Malah susulan itu, dia bertindak menukar mode 'hide' pada video tertentu daripada profil tanpa memadamnya untuk menjamin ketenteraman.

"Individu terbabit juga mengganggu dengan meminta saya menyerahkan dua anak berumur dua dan enam tahun sedangkan saya mampu menjaga mereka.

"Selain itu, ketika di rumah pada Jumaat lalu (31 Oktober), individu sama ada menghubungi kakak dan ibu bagi meminta saya berpisah dengan isteri dan mahu saya membuka sekatan nombor serta memberitahu keberadaan isteri jika tidak mahu diapa-apakan.

"Untuk apa kami berpisah sedangkan membina rumah tangga adalah satu yang mulia dan sebagai suami, saya kena pertahankan perkahwinan sampai akhir hayat.

"Kami 'hidekan' video di TikTok pun bukan sebab ada masalah cuma nak tenteram memandangkan isteri pun sebelum ini tak sihat dan pada masa sama, saya kena fokus dengan perniagaan, jadi tak nak mental kami terganggu," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial video seorang wanita yang mendakwa sebagai ibu mentua kepada Prince Syed datang ke sebuah rumah dan mengatakan menantunya melarikan diri serta menghalang anak dan cucu-cucu daripada bertemu dengannya.

Wanita itu turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani semata-mata untuk menjadikannya ‘tikus makmal’ dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi mempromosikan produk pelangsingan badan.

Sumber: Harian Metro, 2