Tun Laila selamat bertunang, selendang keringkam raih perhatian. 'Cantiknya!'

Iklan

PEMPENGARUH dan peguam muda, Tun Laila, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya dalam satu majlis indah yang penuh bermakna.

Menerusi hantaran menerusi laman Instagram pereka fesyen terkenal Shanell Harun, Tun Laila atau nama sebenarnya Tun Laila Tun Rafaee, 27, kelihatan anggun mengenakan busana khas rekaannya.

Iklan
Iklan

Gandingan kebaya dalam rona merah jambu lembut bersama selendang keringkam warisan Sarawak menjadi daya penarik utama penampilan si cantik manis itu.

Iklan

“Berbalut dalam keanggunan. Tun Laila mengenakan busana khas rekaan Shanell Harun, digandingkan dengan keringkam warisan yang melambangkan asal-usulnya.

"Setiap perincian menuturkan kisah dirinya,” tulis Shanell dalam kapsyen hantaran tersebut.

Iklan

Tun Laila turut menerima ucapan tahniah daripada para pengikutnya menerusi ruangan komen.

Rata-rata mendoakan agar perjalanan pasangan itu dipermudahkan hingga ke jenjang pelamin.

Semakan SinarPlus pada laman sosial Tun Laila mendapati tiada makluman rasmi mengenai pertunangan tersebut. Namun, beliau memuat naik gambar bersama lelaki dipercayai tunangannya sambil mengenakan jubah peguam menerusi Insta Stories. 

Sekadar info, Tun Laila sebelum itu memulakan kerjaya sebagai peguam pelatih dan sering berkongsi kandungan berkaitan sistem perundangan negara.

Kini, lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu yang sudah bergelar peguam, terus aktif menyampaikan maklumat bermanfaat bagi mendidik masyarakat menerusi platform media sosialnya.