6.3 juta tontonan, demam 'Jamilah' Que Haidar bikin warganet penasaran! Rupanya hanya hiburan sebelum tidur

Iklan

PELAKON Que Haidar menjadi tumpuan ramai selepas videonya menyanyi lagu Jamilah tular di media sosial.

Video yang dirakam dalam keadaan berbaring dan tidak berbaju itu meraih 6.3 juta tontonan menyaksikan aktor itu miming lagu nyanyian seniman Jamil Mirdad.

Iklan
Iklan

Hantaran berdurasi 44 saat Que atau nama penuhnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mengundang pelbagai komen netizen termasuk para peminat wanita.

Tidak kurang yang mengatakan dirinya yang kini berambut blonde itu semakin kacak.

Iklan

Dalam temu ramah Era FM, tuan punya badan menjelaskan, video tersebut adalah sekadar mengisi kebosanan sebelum tidur tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga tidak menyangka video berkenaan meraih ribuan komen dan muncul sebagai ikutan ramai.

Iklan

Pelakon KL Menjerit 1 dan Rock Oo! itu mengakui tindakannya memuat naik video berkenaan sekadar untuk mengisi masa lapang dan menghiburkan diri sebelum tidur.

Artikel berkaitan:

“Saya ketika itu mengantuk dan nak tidur. Hidup saya pula tak berapa meriah dan scroll TikTok pada pukul 2 pagi, kemudian nampak ada seorang lelaki miming lagu Jamilah.

“Saya rasa lagu itu mengimbau zaman kanak-kanak dan terus rasa nak buat juga. 

"Katil besar, tiada orang pula di sebelah, nak buat apa lagi? Jadi, kita hiburkan diri dengan lakukan video itu sebelum tidur,” ujarnya.

Que terdahulu berpisah dengan pakar koreografi  Linda Jasmine pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun berumah tangga.

Hasil perkahwinan pada 14 Februari 2009, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.

Sumber: TikTok