Que Haidar tunai umrah & haji berlepas ke Tanah Suci, pelukan adik-beradik di lapangan terbang undang sebak
PELAKON, penerbit, dan pengarah popular Que Haidar berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan haji.
Sebuah video tular yang dimuat naik adik perempuannya di laman sosial TikTok memaparkan Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar berpelukan dengan adik-beradik di lapangan terbang.
"Ya ALLAH, kasih sayang kakak kami kepada adik-adiknya tidak pernah pudar dari kecil hingga dewasa.
"Semoga abang saya Que Haidar, selamat pergi dan kembali daripada menunaikan umrah serta haji.
"Kami doakan yang terbaik dan terindah buatmu. Aamiin, kun faya kun," titip pemilik akaun The Haidar 00.
Sayu dan sebak, menerusi video berdurasi 1 minit 24 saat, Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia 2006 itu yang memakai kemeja-T, seluar dan kopiah putih dilihat memeluk ahlli keluarga berlinangan air mata.
"Kasih sayang kami adik-beradik tidak akan pernah pudar sehingga ke akhir hayat.
"Selamat pergi dan kembali abangku Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar (Que Haidar)," kongsi adiknya.
Difahamkan beliau akan berada di Tanah Suci selama dua bulan bagi mengerjakan umrah diikuti haji.
Tersentuh dengan keakraban Que dan adik-beradiknya, warga maya mendoakan agar pelakon filem Rock Oo! itu dikurniakan umrah serta haji yang mabrur.
Ujar mereka;
"ALLAH, kasih sayang adik beradiklah yang membahagiakan kita. Semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan Abang Que Haidar," kongsi Mizherney.
"Alhamdulillah dipilih oleh-NYA pada tahun 1445H. Selamat melaksanakan ibadah umrah dan haji buat Que Haidar atau Angah. Moga dimudahkan segala urusan amal ibadahnya dan dikurniakan Haji Mabrur," kata MyTipa Isa.
"Sejujurnya seronok dapat memeluk adik-beradik apatah lagi apabila umur sudah begini. Aura lain mcm, air mata auto laju. Baru rasa apa erti kasih sayang adik-beradik," titip Miss Patung.
"Semoga ALLAH permudah segala urusan ibadah umrah dan haji, dikurniakan haji yangg mabrur, sihat walafiat dan pulang dengan selamat," kata Neyms.''
"Kasih sayang adik-beradiklah menjadi pengganti ibu bapa seandainya mereka pergi dahulu atau sebaliknya kerana merekalah tempat kita mencurahkan kasih sayang sejak kecil hingga dewasa," komen Naminah Diran.
Que terdahulu kehilangan ibu tersayang pada Mac 2022 akibat Covid-19.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang