Tergamaknya! Isteri sanggup terjun kereta elak dipukul suami lepas diseret di stesen minyak

Iklan

TERGAMAKNYA suami hingga menyebabkan isteri nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak gara-gara mahu mengelakkan diri daripada dipukul suami dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani.

Entah apa yang berlaku, pasangan yang baharu berkahwin pada Oktober 2024 itu bergelut dalam kereta hingga wanita itu berusaha untuk menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, satu laporan diterima dari mangsa yang mendakwa berlaku pergelutan semasa berada dalam kereta bersama suami di mana wanita itu berusaha untuk menyelamatkan diri.

Iklan

Katanya, mangsa mendakwa secara tiba-tiba diseret daripada keretanya masuk ke dalam kereta suami ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang pada jam lebih kurang 6 petang.

"Sepanjang perjalanan dikatakan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

Iklan

"Semasa tiba di simpang Jalan Lencongan Timur, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami," katanya.

Artikel berkaitan:

Daripada siasatan awal, pasangan itu tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

Ketika ini, suami mangsa telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Perintah reman dibenarkan Mahkamah Sungai Petani selama dua hari bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sumber: Sinar Harian