Wanita ditolak suami ke dalam gaung 10 meter, patah & retak tulang belakang. 'Syukur tidak dibaham binatang buas'

Gambar kecil: Ustaz Affendy Mohamad
Gambar kecil: Ustaz Affendy Mohamad
A
A
A

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian tragis menimpa seorang wanita dipercayai cuba dibunuh suami sendiri selepas ditolak ke dalam gaung sedalam 10 meter di di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Menurut rakan kepada abang mangsa, Ustaz Affendy Mohamad, dalam kejadian pada 27 Julai itu, wanita berkenaan mengalami kecederaan pada tulang belakang pada ruas L1 dan L4.

"Saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Saya diberitahu abang mangsa, bahagian tulang belakang tersebut mungkin retak. Tidak pasti apa yang dimaksudkan, ia retak dan hancur.

"Manakala kedalaman gaung itu bersamaan kira-kira tiga tingkat bangunan," kongsi Affendy.

Kredit ilustrasi: Flint Rehab
Kredit ilustrasi: Flint Rehab

Lebih menyayat hati, hanya selepas sembilan jam dipercayai ditolak suami selepas pertengkaran dan menerima ugutan, mangsa berusaha untuk menyelamatkan diri dengan merangkak ke bahu jalan.

Sementelah, lebuh raya berkenaan dikelilingi hutan tebal dan terdedah kepada serangan haiwan liar seperti gajah, harimau mahupun beruang.

Artikel Berkaitan:

Malah pertembungan dengan pengguna Lebuh Raya Timur-Barat dengan spesies itu yang bermula dari Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan itu merupakan perkara biasa. Lebih-lebih lagi pada pada awal pagi dan lewat malam untuk mencari makan.

Ustaz Affendy Mohamad
Ustaz Affendy Mohamad

"Jika dilihat pada kronologi yang dikongsikan media, pukul 5 pagi mangsa ditolak suami dan pada jam 2 petang beliau naik (dari gaung) untuk meminta pertolongan atau dijumpai orang awam. Ia lebih kurang sembilan jam.

"Saya juga tidak bertanya lebih sama ada mangsa pengsan selepas terjatuh atau terjatuh dalam keadaan sedar dan berusaha untuk naik ke bahu jalan.

"Menurut abangnya, rezeki adiknya adalah beliau tidak dibaham binatang buas. Ia adalah perkara yang sangat disyukuri.

No Image Caption

"Bayangkan jatuh pada jam 5 pagi dan jatuh pula ke dalam gaung. Saya diberitahu abangnya, kronologi yang dikongsikan di media dengan apa yang sebenar berlaku adalah berbeza. Realitinya ia lebih teruk," kata Affendy.

Dalam perkembangan terkini, suspek telah ditahan reman seminggu bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kerana cubaan membunuh.

Suspek dikatakan cuba membunuh isterinya yang berusia 32 tahun dengan cara mencekik serta menolak mangsa ke gaung yang difahamkan sedalam 10 meter hingga mengalami kecederaan yang difahamkan termasuk patah dan retak tulang belakang.

No Image Caption

Terdahulu, suspek dikatakan membawa mangsa dari Kuala Lumpur menuju Perak atas alasan mahu pulang ke kampung dengan sepanjang perjalanan itu berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka yang turut membawa kepada mangsa dikasari selain diugut bunuh oleh suaminya itu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood sebelum ini turut dilapor berkata, suspek juga mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952; Akta Kesalahan Kecil dan Kanun Keseksaan.

No Image Caption

Suspek, sebelum ini ditahan reman polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling di Kedah difahamkan selama enam hari bersangkutan satu kes mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, dalam kes di Baling, individu yang dicederakan oleh suspek yang merupakan seorang peniaga itu adalah abang kandungnya sendiri.

Sumber: TikTok Mingguan Wanita, Buletin TV3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang